Buku Panduan & Pengurusan Himpunan Minit Mesyuarat Pengurusan Hal Ehwal Murid

Himpunan Minit Mesyuarat Pengurusan Hal Ehwal Murid

5108

 

Himpunan Minit Mesyuarat Pengurusan Hal Ehwal Murid. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, admin mengongsikan minit-minit mesyuarat bagi pengurusan hal ehwal murid yang telah dihimpunkan untuk dimuat turun.

Pengenalan

Umum sedia maklum, mesyuarat merupakan salah satu aktiviti rasmi yang sentiasa dilaksanakan pada sesebuah organisasi khususnya organisasi sekolah. Mesyuarat ialah rundingan untuk membincangkan sesuatu atau berunding tentang sesuatu perkara untuk mencapai sesuatu keputusan.

Di dalam pengurusan mesyuarat, terdapat beberapa kepentingan mengapa mesyuarat perlu diadakan dalam sesebuah organisasi antaranya ialah dapat menjimatkan masa dan mempercepatkan kerja.Ini kerana mesyuarat yang diadakan mempunyai pelbagai idea yang dapat disumbangkan oleh setiap individu yang terlibat.

Selain itu, sesebuah organisasi mengadakan mesyuarat untuk menyelaraskan pembahagian tugas melalui pengkhususan tugas terhadap individu yang terlibat.Oleh itu,tugas yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan tersusun sekaligus memudahkan perancangan dan juga perlaksanaan sesebuah organisasi.Beban tugas juga akan menjadi ringan.Mesyuarat juga bertujuan menyampaikan informasi terkini kepada kakitangan,ini kerana mesyuarat dapat mengumpul semua kakitangan organisasi pada satu masa dan maklumat yang hendak disampaikan dapat dilakukan secara serentak.Contohnya apabila terdapat rancangan baru atau beberapa perubahan untuk penambahbaikan kualiti dalam sesebuah organisasi,melalui mesyuarat segala urusan tersebut dapat dilaksanakan dengan mudah dan berkesan.

Tujuan mesyuarat juga diadakan untuk menggalakkan percambahan idea kerana tindak balas yang dikemukakan. Organisasi akan menjadi lebih mantap dan jitu sekiranya perkongsian idea diamalkan. Di samping itu,mesyuarat juga diadakan untuk menyelesaikan konflik dalam sesebuah organisasi. Ini kerana,melalui mesyuarat konflik tersebut dapat diselesaikan dengan adil dan saksama di mana setiap ahli perlu mempunyai fikiran yang terbuka untuk memberi dan mendapatkan nasihat. Selain itu,mesyuarat juga perlu bersifat tenang dan sabar semasa mengendalikan mesyuarat kerana ianya melibatkan perasaan ahli yang terlibat.

Pengurusan Hal Ehwal Murid

Kurikulum merupakan salah satu standard daripada Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang kedua (SKPMg2) iaitu Standard 3 – Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid. Bidang Hal Ehwal Murid diurus secara cekap dan berkesan untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial selaras dengan hala tuju sekolah. Perkara ini adalah wajib dimesyuaratkan di sekolah. Sehubungan dengan itu, evidens perlu disediakan untuk tujuan pengauditan daripada pihak-pihak tertentu khususnya daripada pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

7 Aspek dalam Standard 3 (3.2.) – Pengurusan Kokurikulum

Terdapat 7 aspek dalam Standard 3.2 – Pengurusan Kokurikulum ini iaitu seperti berikut :

3.2.1 – Ketetapan Pelaksanaan Hal Ehwal Murid. Ketetapan dibuat bagi memastikan
kepatuhan dan keselarasan pelaksanaan hal ehwal murid.

3.2.2 – Pengurusan Disiplin Murid. Disiplin murid diurus untuk membentuk sikap dan perlakuan positif dalam pembangunan sahsiah murid.

3.2.3 – Pengurusan Keselamatan Murid. Keselamatan murid diurus untuk memastikan murid selamat dan memupuk amalan menjaga keselamatan dalam kalangan murid.

3.2.4 – Pengurusan Kesihatan Murid. Program dan perkhidmatan kesihatan murid diurus untuk meningkatkan kualiti kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

3.2.5 – Pengurusan Bantuan Pelajaran Murid. Bantuan pelajaran murid diurus untuk membantu memenuhi keperluan fizikal, mental dan emosi.

3.2.6 – Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling diurus untuk pembangunan sahsiah, psikososial, kesejahteraan mental dan kerjaya murid.

Evidens bagi Standard 3.3 – Pengurusan Hal Ehwal Murid

Antara evidens yang perlu disediakan bagi Standard 2 – Pengurusan Organisasi ini ialah seperti berikut:

  1. Laporan Mingguan Perhimpunan
  2. Rekod Disiplin Murid
  3. Perancangan Program Pembangunan Sahsiah Murid
  4. Laporan/Rumusan Rekod Disiplin Murid
  5. Laporan Program Pembangunan Sahsiah Murid
  6. Gambar pelaksanaan Program Pembangunan Sahsiah Murid

Berdasarkan evidens di atas, minit mesyuarat merupakan salah satu evidens bagi perkara ini. Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun minit mesyuarat bagi pengurusan kurikulum pada ruangan muat turun yang telah disediakan di bawah.

Dapatkan “Himpunan Minit Mesyuarat Pengurusan Hal Ehwal Murid” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘DOC’

Download : 

  1. MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID KALI PERTAMA
  2. MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID KALI KEDUA
  3. MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID KALI KETIGA
  4. MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID KALI KEEMPAT

 

Penutup

Semoga perkongsian ini iaitu Himpunan Minit Mesyuarat Pengurusan Hal Ehwal Murid sedikit sebanyak dapat membantu anda khususnya guru-guru dalam menyediakan evidens-evidens yang diperlukan untuk pengauditan nanti. Teruskan menyokong kami melalui saluran Telegram Sistem Guru Online di t.me/sistemguruonline.