Buku Panduan & Pengurusan Himpunan Minit Mesyuarat Pengurusan Sekolah

Himpunan Minit Mesyuarat Pengurusan Sekolah

4668

 

Himpunan Minit Mesyuarat Pengurusan Sekolah. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, admin mengongsikan minit-minit mesyuarat bagi pengurusan sekolah yang telah dihimpunkan untuk dimuat turun.

Pengenalan

Umum sedia maklum, mesyuarat merupakan salah satu aktiviti rasmi yang sentiasa dilaksanakan pada sesebuah organisasi khususnya organisasi sekolah. Mesyuarat ialah rundingan untuk membincangkan sesuatu atau berunding tentang sesuatu perkara untukk mencapai sesuatu keputusan.

Di dalam pengurusan mesyuarat, terdapat beberapa kepentingan mengapa mesyuarat perlu diadakan dalam sesebuah organisasi antaranya ialah dapat menjimatkan masa dan mempercepatkan kerja.Ini kerana mesyuarat yang diadakan mempunyai pelbagai idea yang dapat disumbangkan oleh setiap individu yang terlibat.

Selain itu, sesebuah organisasi mengadakan mesyuarat untuk menyelaraskan pembahagian tugas melalui pengkhususan tugas terhadap individu yang terlibat.Oleh itu,tugas yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan tersusun sekaligus memudahkan perancangan dan juga perlaksanaan sesebuah organisasi.Beban tugas juga akan menjadi ringan.Mesyuarat juga bertujuan menyampaikan informasi terkini kepada kakitangan,ini kerana mesyuarat dapat mengumpul semua kakitangan organisasi pada satu masa dan maklumat yang hendak disampaikan dapat dilakukan secara serentak.Contohnya apabila terdapat rancangan baru atau beberapa perubahan untuk penambahbaikan kualiti dalam sesebuah organisasi,melalui mesyuarat segala urusan tersebut dapat dilaksanakan dengan mudah dan berkesan.

Tujuan mesyuarat juga diadakan untuk menggalakkan percambahan idea kerana tindak balas yang dikemukakan. Organisasi akan menjadi lebih mantap dan jitu sekiranya perkongsian idea diamalkan. Di samping itu,mesyuarat juga diadakan untuk menyelesaikan konflik dalam sesebuah organisasi. Ini kerana,melalui mesyuarat konflik tersebut dapat diselesaikan dengan adil dan saksama di mana setiap ahli perlu mempunyai fikiran yang terbuka untuk memberi dan mendapatkan nasihat. Selain itu,mesyuarat juga perlu bersifat tenang dan sabar semasa mengendalikan mesyuarat kerana ianya melibatkan perasaan ahli yang terlibat.

Pengurusan Sekolah

Pengurusan sekolah merupakan salah satu standard daripada Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang kedua (SKPMg2) iaitu Standard 2 – Pengurusan Organisasi. Organisasi sekolah diurus secara cekap dengan mengambil kira potensi dan keperluan warga sekolah, kemudahan sumber dalaman dan luaran untuk meningkatkan keberkesanan pengoperasian sekolah. Perkara ini adalah wajib dimesyuaratkan di sekolah. Sehubungan dengan itu, evidens perlu disediakan untuk tujuan pengauditan daripada pihak-pihak tertentu khususnya daripada pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

7 Aspek dalam Standard 2 – Pengurusan Organisasi

Terdapat 7 aspek dalam Standard 2 – Pengurusan Organisasi ini iaitu seperti berikut :

2.1 – Pengurusan Sumber Manusia. Sumber manusia diurus untuk meningkatkan kualiti kerja, kepuasan dan keseronokan bekerja serta amalan profesionalisme.

2.2 – Pengurusan Aset. Aset kerajaan diurus untuk kemudahan, keselesaan dan keselamatan warga sekolah.

2.3 – Pengurusan Kewangan. Kewangan diurus untuk memastikan setiap perbelanjaan memberi pulangan yang optimum.

2.4 – Pengurusan Sumber Pendidikan. Sumber pendidikan diurus bagi menyokong peningkatan kualiti pendidikan.

2.5 – Iklim. Persekitaran dan suasana diurus supaya kondusif bagi kesejahteraan warga sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab.

2.6 – Pengurusan Perpaduan. Pemahaman, penerimaan dan penghayatan terhadap kepelbagaian agama, bangsa, budaya dan bahasa masyarakat Malaysia diurus untuk memupuk perpaduan.

2.7 – Permuafakatan Strategik. Permuafakatan strategik diwujudkan untuk menyokong pembelajaran murid ke arah kecemerlangan.

Evidens bagi Standard 2 – Pengurusan Organisasi

Antara evidens yang perlu disediakan bagi Standard 2 – Pengurusan Organisasi ini ialah seperti berikut:

  1. Sudut atau Papan Kenyataan yang mengandungi maklumat kepelbagaian budaya, agama, bangsa dan bahasa atau evidens lain yang relevan.
  2. Dokumen perancangan atau program sekolah.
  3. Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kerja atau Pasukan Petugas.
  4. Laporan pelaksanaan program dalam bentuk laporan bertulis/gambar atau softcopy.
  5. Minit mesyuarat J/K membincangkan maklum balas pelaksanaan program.

Berdasarkan evidens di atas, minit mesyuarat merupakan salah satu evidens bagi perkara ini. Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun minit mesyuarat bagi pengurusan sekolah pada ruangan muat turun yang telah disediakan di bawah.

Dapatkan “Himpunan Minit Mesyuarat Pengurusan Sekolah” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

  1. MINIT MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH V1
  2. MINIT MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH V2
  3. MINIT MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH V3

 

 

Penutup

Semoga perkongsian ini iaitu Himpunan Minit Mesyuarat Pengurusan Sekolah sedikit sebanyak dapat membantu anda khususnya guru-guru dalam menyediakan evidens-evidens yang diperlukan untuk pengauditan nanti. Teruskan menyokong kami melalui saluran Telegram Sistem Guru Online di t.me/sistemguruonline.