Buku Panduan & Pengurusan Himpunan Terbaik Bahan-bahan Persediaan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2018

Himpunan Terbaik Bahan-bahan Persediaan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2018

3980

Himpunan Terbaik Bahan-bahan untuk Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2018 ini disediakan khasnya untuk warga pendidik sekalian dalam membuat persediaan bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri di sekolah tercinta.

Pengenalan

Hari Raya Aidilfitri (Bahasa Arab: عيد الفطر‎; ‘Ayd al-Fiṭr; “perayaan fitrah”) disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Arab, Inggeris, Melayu, India-Muslim, Cina-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Kurban.

Aidilfitri adalah hari raya bagi umat Islam. Hari raya ini juga digelar dengan panggilan hari raya puasa atau hari lebaran. Pada hari ini, umat Islam telah sinonim dengan menyucikan jiwa, membersihkan dosa dengan saling bermaafan dan bersilaturahim.

Definisi ‘Aidilfitri’

Secara bahasa (harfiyah), ‘Aidilfitri’ bermaksud ‘kembali kepada fitrah; iaitu, kembali kepada asal kejadian manusia yang suci, bersih dari dosa, seperti keadaan bayi baru lahir.

Kata ‘fitrah’ dari kata futhur beerti ‘kembali makan pagi (sarapan)’. Jadi, pada hari Aidilfitri bermakna kembali sarapan, tidak seperti bulan Ramadan yang tiada sarapan dan wajib berpuasa. Maksud ini dikaitakan dengan hadis Nabi Muhammad SAW yang bersabda;

“Barangsiapa berpuasa Ramadan atas dasar iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Di Malaysia khususnya di sekolah, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.

Dapatkan “Himpunan Terbaik Bahan-bahan untuk Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2018” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Download : 

  1. Himpunan Kertas Kerja Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah
  2. Himpunan Laporan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah
  3. Himpunan Buku Program Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah
  4. Himpunan Kad, Sampul dan Poster Hari Raya Aidilfitri untuk Diwarna
  5. Himpunan Cadangan Aktiviti Sambutan Hari Raya Aidilfitri

 

 

Penutup

Semoga perkongsian ini iaitu Himpunan Terbaik Bahan-bahan untuk Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2018 sedikit sebanyak membantu guru-guru dan warga sekolah dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya di sekolah. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada kami, warga Sistem Guru Online. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.