Buku Panduan & Pengurusan Himpunan Terbaik Modul Kemahiran Asas bagi Pengintegrasian TMK dalam PdPc Tahun 2

Himpunan Terbaik Modul Kemahiran Asas bagi Pengintegrasian TMK dalam PdPc Tahun 2

142

 

Himpunan Terbaik Modul Kemahiran Asas bagi Pengintegrasian TMK dalam PdPc Tahun 2 ini adalah bersumberkan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk kegunaan guru dan murid mulai tahun 2018.

Pengenalan

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017 akan dilaksanakan secara berperingkat peringkat bermula di Tahun 1 pada 2017.

Salah satu fokus utama dalam kurikulum ini adalah Modul Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Modul TMK adalah berfokuskan kepada Kemahiran Pemikiran Komputasional (KPK) sejajar dengan perubahan trend global.

Modul TMK akan disepadukan dalam mata pelajaran di sekolah rendah secara berperingkat bermula dengan Tahun 1. Melalui KPK murid dilatih berfikir secara logik dan sistematik dalam menyelesaikan masalah dengan menggunakan prinsip asas sains komputer melalui kemahiran yang terdapat dalam perisian pemproses kata, persembahan, hamparan elektronik, penyuntingan audio, penyuntingan video, penyuntingan grafik, pengaturcaraan dan algoritma.

Pelaksanaan Modul TMK dalam KSSR (Semakan 2017) adalah bertujuan bagi memastikan murid berupaya mengaplikasi kemahiran, mengukuhkan pengetahuan dan menghayati nilai serta etika dalam penggunaan TMK agar dapat melahirkan murid yang boleh mencipta dan berinovasi.

Modul Kemahiran Asas

Modul Kemahiran Asas TMK ialah modul yang mengandungi kemahiran asas TMK yang perlu dikuasai oleh murid untuk melaksanakan Modul Aplikasi. Bagi murid yang masih belum menguasai kemahiran TMK, murid akan menggunakan Modul Kemahiran Asas yang bertepatan dengan kemahiran dalam Modul Aplikasi yang digunakan oleh guru pada hari tersebut. Guru hendaklah membimbing murid dengan menggunakan Modul Kemahiran Asas yang disediakan.

Modul Kemahiran Asas yang akan dilaksanakan oleh murid Tahun 2 mulai 2018 adalah terdiri daripada 5 modul seperti berikut:

  1. Modul Internet
  2. Modul Keselamatan Siber
  3. Modul Komputer Saya
  4. Modul Microsoft Word
  5. Modul Paint

Modul Kemahiran Asas yang disediakan dilaksanakan dalam peruntukan waktu mata pelajaran sedia ada. PdP boleh dilaksanakan di makmal komputer atau dalam bilik darjah mengikut kesesuaian kemahiran asas yang hendak diajar. Guru perlu merujuk Buku Panduan Pelaksanaan Modul TMK yang memperincikan kaedah pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.

Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun bahan-bahan ini pada pautan muat turun yang telah disediakan di bawah:

Dapatkan “Himpunan Terbaik Modul Kemahiran Asas bagi Pengintegrasian TMK dalam PdPc Tahun 1” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Himpunan Terbaik Modul Kemahiran Asas bagi Pengintegrasian TMK dalam PdPc Tahun 2

  1. Modul Internet
  2. Modul Keselamatan Siber
  3. Modul Komputer Saya
  4. Modul Microsoft Word
  5. Modul Paint

 

Sekian, semoga perkongsian ini iaitu Himpunan Terbaik Modul Kemahiran Asas bagi Pengintegrasian TMK dalam PdPc Tahun 2 dapat membantu warga pendidik khususnya guru-guru Tahun 2 dalam mengintegrasikan TMK dalam PdPc Tahun 2 dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.