SPM KERTAS SOALAN PERCUBAAN SPM 2022 BIOLOGI NEGERI MRSM

KERTAS SOALAN PERCUBAAN SPM 2022 BIOLOGI NEGERI MRSM

719

Seperti yang semua pelajar sedia maklum , kertas peperiksaan biologi terbahagi kepada tiga set kertas soalan . Bagi kertas satu , ianya mengandungi 40 soalan objektif aneka pilihan . Kertas soalan ini mengandungi 40 markah . Masa yang diperuntukan untuk menjawab kertas soalan ini adalah selama 1 jam dan 15 minit .

Bagi kertas dua pula , ianya dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu :

  1. Bahagian A
  • Bahagian ini mengandungi lapan soalan .
  • Mengandungi 60 markah .
  • Wajib menjawab semua soalan .
  1. Bahagian B
  • Bahagian ini mengandungi dua soalan .
  • Mempunyai 20 markah .
  • Anda dikehendaki menjawab satu soalan sahaja .
  1. Bahagian C
  • Bahagian ini mengandungi satu soalan .
  • Mempunyai 20 markah .
  • Hanya mempunyai satu soalan dan anda diwajibkan menjawab .

Bagi kertas tiga pula , ianya adalah tugasan amali berpandu dan tidak berpandu . Dalam kertas soalan ini mempunyai dua tugasan amali yang memerlukan anda menggunakan teknik mengingat , memahami , mengaplikasi – mencipta , dan kemahiran proses sains , serta kemahiran manipulatif . Masa yang ditetapkan untuk menjawab soalan ini adalah selama 1 jam dan 45 minit . Kertas soalan ini memerlukan anda untuk mengenalpasti dan mengingati setiap bahan radas yang digunakan semas menjalankan proses ujikaji di dalam makmal . Anda juga perlu memahami dan mahir menggunakan maklumat untuk pemboleh ubah MV/RV/CV .

Di sini admin kongsikan soalan percubaan SPM 2022 untuk anda gunakan sebagai bahan ulangkaji dan latih tubi dalam membuat persiapan menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang.

[yarpp]

Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline  untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.

MUAT TURUN SEKARANG :

MRSM-BIO