Soalan Peperiksaan KERTAS SOALAN PERCUBAAN SPM 2022 SAINS NEGERI JOHOR

KERTAS SOALAN PERCUBAAN SPM 2022 SAINS NEGERI JOHOR

252

Loghat bukanlah perkara asing di kalangan kita, pun begitu, penggunaan loghat mengikut negeri masing-masing ini perlu diberi perhatian dalam situasi ia digunakan bagi mengelakkan kita kelihatan tidak professional dan juga menyukarkan orang lain yang tidak berasal dari negeri sama untuk memahami apa yang kita bicarakan.

Perkara ini sewajarnya diberi perhatian terutama sekali di kalangan para pendidik kerana mereka memainkan peranan penting dalam menyampaikan ilmu pada anak-anak kita. Bagi kelas yang tidak mempunyai pelajar luar dari negeri tersebut, ia tidak menjadi masalah. Tetapi bagi kelas yang mempunyai pelajar luar, mereka perlu dipastikan dapat memahami apa yang guru sampaikan sekiranya guru menggunakan loghat mengikut negeri. Ada sesetengah pelajar tidak dapat memahami dengan baik dan ini akan memberikan kesukaran untuk mereka meneruskan sesi pembelajaran. Ini juga akan memberi impak yang tidak memberansangkan dalam pencapaian akademik mereka.

Guru perlulah bersikap professional dalam menjalankan proses pembelajaran dengan memastikan pelajar dapat memahami dengan baik apa yang diterangkan. Adalah sangat disarankan jika guru dapat mengurangkan atau mengelakkan penggunaan loghat dalam proses pembelajaran bagi  mewujudkan suasanan professionalism dan dalam masa yang sama dapat memastikan setiap pelajar menerima dengan baik sesi pembelajaran tersebut.

Seperti kita sedia maklum, pendidikan adalah salah satu asas penting dalam pembentukan peribadi pelajar, oleh itu, amatlah disarankan sekiranya guru dapat mengaplikasikan sesi pembelajaran yang lebih menitik beratkan penggunaan dan percakapan formal supaya dapat mewujudkan keselesaan di kalangan pelajar bukan sahaja dari negeri yang sama tetapi juga dari negeri lain yang berbeza loghat.

Di sini admin kongsikan soalan percubaan SPM 2022 untuk anda gunakan sebagai bahan ulangkaji dan latih tubi dalam membuat persiapan menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang.

Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline  untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.

 

MUAT TURUN SEKARANG :

JOHOR-SN