Pernahkah anda mendengar mengenai teknik mengkaji skema jawapan? Ia mungkin kedengaran agak tidak logic bagi sesetengah orang, tetapi ia adalah salah satu yang sering digunakan oleh pelajar-pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan.
Daripada anda meluangkan masa untuk membaca dan menghafal nota, adalah lebih baik jika anda menggunakan masa tersebut untuk mengkaji skema jawapan kepada soalan yang sedang anda jawab. Teknik ini bukan sahaja membantu anda untuk memahami kehendak soalan dengan lebih baik tetapi juga memudahkan untuk memahami konsep dan teknik yang diperlukan untuk menjawab soalan-soalan tertentu.
Cuba gunakan jawapan yang terdapat dalam skema dan olah jawapan tersebut kepada jawapan anda sendiri tetapi masih dalam konsep dan teknik yang sama.
Contohnya untuk soalan karangan atau esei, skema hanya akan menyenaraikan isi penting yang boleh digunakan dalam menjawab soalan, gunakan isi tersebut dan buat esei menggunakan ayat anda tersendiri. Kemudian, semak bersama guru untuk melihat apa yang perlu ditambahbaik.
Di sini admin kongsikan soalan percubaan SPM 2022 untuk anda gunakan sebagai bahan ulangkaji dan latih tubi dalam membuat persiapan menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang.
Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.
MUAT TURUN SEKARANG :
- SET-1 SLGOR
- SET-2 SLGOR
- SET-3 SLGOR