Setiap kali anda membuat latih tubi, jangan hanya sekadar menumpukan perhatian untuk menyelesaikan soalan, tetapi kenalpasti dan ingat corak soalan dari setiap set kertas soalan. Kenalpasti corak soalan di sini bermaksud, kenalpasti soalan itu dari topik yang mana dan seberapa kerap ia muncul dalam setiap set kertas soalan sama ada yang terdahulu atau yang terkini dan sama ada dari negeri yang sama atau berbeza. Ini dapat membantu anda membuat ramalan mengenai soalan yang bakal ada dalam set kertas soalan peperiksaan sebenar.
Namun begitu, jangan terlalu yakin ia akan muncul dalam soalan peperiksaan sebenar. Cuma, pastikan anda membuat ulangkaji dan mengingati teknik menjawab atau formula yang perlu bagi soalan atau topik tersebut. Lebih baik bersiap sedia berbanding tidak mempunyai persiapan langsung.
Admin ingin kongsikan satu tips yang bagi admin sangat menarik dan membantu pelajar dalam menjawab soalan. Tips ini dikongsikan oleh beberapa pelajar cemerlang SPM sebelum ini.
Sekiranya anda mengalami kesukaran untuk menjawab soalan tertentu, sebelum anda mencari penyelesaian dalam nota, cuba semak skema jawapan dan fahamkan teknik dan konsep yang digunakan untuk menjawab soalan tersebut. Sekiranya masih tidak faham, barulah anda semak di dalam nota.
Teknik ini sangat bagus kerana anda lebih mudah untuk memahami dan mencari penyelesaian kepada soalan jika anda telah faham konsep dan teknik yang diperlukan.
Di sini admin kongsikan soalan percubaan SPM 2022 untuk anda gunakan sebagai bahan ulangkaji dan latih tubi dalam membuat persiapan menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang.
Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih
MUAT TURUN SEKARANG :
TERENGGANU Sains-K1-K2-MPP3-2022