Admin berpendapat, adalah lebih baik untuk pelajar yang sedang membuat persiapan untuk peperiksaan memberi lebih perhatian dalam membuat dan menjawab soalan sebagai latih tubi. Soalan-soalan ini boleh dipilih daripada koleksi soalan latihan yang terdapat dalam buku teks atau buku rujukan, atau pelajar juga sangat disarankan untuk mencari koleksi soalan peperiksaan sama ada peperiksaan yang lepas atau soalan percubaan dari pelbagai negeri.
Dengan cara ini, pelajar bukan sahaja dapat membiasakan diri dengan menjawab soalan peperiksaan tetapi juga dapat mengenalpasti corak soalan-soalan atau topik yang boleh diramalkan bakal memasuki dalam soalan peperiksaan sebenar.
Ini tidak bermaksud anda tidak perlu membaca atau mengabaikan nota. Nota masih diperlukan sekiranya anda masih tidak dapat memahami skema jawapan atau formula yang perlu digunakan bagi menyelesaikan masalah. Tetapi, lebihkan ulangkaji anda dengan membuat latih tubi secara berjadual dan konsisten.
Sekiranya anda mempunyai masa kurang dari sebulan untuk membuat persiapan menghadapi peperiksaan, lebihkan focus anda pada membuat latih tubi menggunakan koleksi pelbagai soalan peperiksaan dari pelbagai sumber.
Di sini admin kongsikan soalan percubaan SPM 2022 untuk anda gunakan sebagai bahan ulangkaji dan latih tubi dalam membuat persiapan menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang.
Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.
MUAT TURUN SEKARANG :
PERLIS-SN