SPM Koleksi Kuiz Online Kimia Tingkatan 5

Koleksi Kuiz Online [Quizziz] Kimia Tingkatan 5

819

kuiz online kimia tingkatan 5

Koleksi Kuiz Online [Quizziz] Kimia Tingkatan 5 ini mengumpulkan senarai pautan kuiz kimia yang boleh digunakan oleh para guru sebagai latihan insentif kepada para pelajar sebagai bahan ulangkaji mereka. Kuiz ini juga boleh membantu para pelajar dalam menghadapi peperiksaan sebagai persediaan awal.

Kimia juga merupakan salah satu cabang Sains yang penting kepada kemajuan negara. Mata pelajaran Kimia mempunyai pelbagai fakta dan formula penting yang perlu diingati oleh para pelajar. Terdapat pelbagai kaedah dan langkah yang boleh diambil oleh pelajar bagi menguasai mata pelajaran Kimia ini.

Tips Mudah Belajar Kimia

  1. Tingkatkan kemahiran matematik. Mata pelajaran Kimia mempunyai pelbagai formula dan persamaan yang perlu diselesaikan. Bagi memudahkan pelajar untuk menjawap soalan yang melibatkan persamaan dan formula, adalah sebaiknya bagi pelajar menguasai konsep algebra.
  2. Ketahui dan fahami kandungan Jadual Berkala. Jadual Berkala merupakan perkara penting dalam Kimia dan pelbagai bentuk pengiraan adalah bergantung kepada sifat kimia yang terdapat di dalam Jadual Berkala.
  3. Ketahui semua konsep teras dan bagaimana menyelesaikan masalah secara beransur-ansur. Mulakan dengan mengkaji sistem pengukuran asas, kaedah saintifik, nomenklatur kimia (nomenklatur), dan struktur atom. Mempelajari konsep asas ini akan dapat membantu pelajar memahami dan menguasai mata pelajaran Kimia dengan lebih mudah.
  4. Apabila menjalankan eksperimen di makmal, kaitkan teori dan konsep yang telah dipelajari dengan sifat bahan kimia yang digunakan. Melalui kaedah ini, pelajar akan dapat memahami konsep sifat bahan dengan lebih mendalam.
  5. Sentiasa lakukan ulangkaji pada setiap hari. Lakukan ulangkaji setiap kali tamat sesebuah topik atau subtopik.
  6. Hasilkan flashcard (kad imbasan) setiap kali mempelajari istilah yang baru. Flashcard dapat membantu pelajar mengingati maksud istilah kimia dengan lebih mudah.

BIL.

SENARAI PAUTAN

1.

KUIZ ONLINE KIMIA SET 1

2.

KUIZ ONLINE KIMIA SET 2

3.

KUIZ ONLINE KIMIA SET 3

4.

KUIZ ONLINE KIMIA SET 4

5.

KUIZ ONLINE KIMIA SET 5

 

Diharapkan dengan perkongsian mengenai Koleksi Kuiz Online Kimia Tingkatan 5 ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam membantu para pelajar menguasai mata pelajaran Kimia.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan bagi membantu pelajar Tingkatan 5 melakukan ulangkaji seperti Kuiz Online Bahasa Inggeris Tingkatan 5, Nota Ringkas Sains Tingkatan 5 Bab 6 hingga 8 dan Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1-10 yang Menarik dan Padat. 

Bagi mendapatkan pelbagai bahan pendidikan yang bermanfaat dan informasi berkenaan dengan bantuan kerajaan dan sebagainya, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.