Latihan Latihan Bahasa Inggeris Tahun 1 -Story Comprehension

Latihan Bahasa Inggeris Tahun 1 -Story Comprehension

546

latihan bahasa inggeris tahun 1

Latihan Bahasa Inggeris Tahun 1 pada kali ini berfokuskan kepada latihan pemahaman yang dapat membantu meningkatkan penguasaan murid dalam mempelajari bahasa inggeris.

Bahan ini sesuai untuk digunakan oleh murid tahun 1 dan 2 bagi membantu mereka menguasai Bahasa Inggeris dalam segi penulisan dan pemahaman. Fokus utama latihan-latihan yang terdapat di dalam bahan ini adalah bagi mengajar murid untuk memahami dan mengeluarkan isi penting di dalam sesuatu penulisan.

Terdapat elemen ilustrasi bagi memudahkan murid untuk memahami maksud soalan yang diajukan. Penggunaan warna yang pelbagai serta elemen kartun di dalam bahan ini juga dapat menarik perhatian murid-murid.

5 Cara Mudah Belajar Bahasa Inggeris

  1. Perbanyakkan membaca surat khabar dalam bahasa inggeris seperti New Straits Times dan The Star yang memaparkan isu semasa di dalam negara dalam bahasa inggeris.
  2. Apabila menonton drama dalam Bahasa Melayu, pastikan ianya mempunyai sarikata dalam Bahasa Inggeris. Anda akan dapat menjumpai pelbagai perkataan baru yang boleh digunakan ketika penulisan karangan di sekolah.
  3. Untuk meningkatkan keyakinan untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris, lakukan praktis di hadapan cermin untuk mendapatkan keyakinan.

Bahasa Inggeris merupakan bahasa utama dunia pada ketika ini. Mempelajari bahasa inggeris akan dapat memberikan pelbagai faedah seperti memudahkan urusan jual beli, membuka peluang pekerjaan dan sebagainya.

Jadi, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak sejak dari kecil berkenaan dengan Bahasa Inggeris bagi memudahkan mereka untuk menerima bahasa kedua negara dengan mudah.

Dapatkan “Latihan Bahasa Inggeris Tahun 1-Story Comprehension ” di sini


Di sini kami akan kongsikan bahan yang boleh digunakan oleh ibu bapa dan guru sebagai latihan semasa dalam kelas atau sebagai latihan tambahan kepada anak-anak. Sumber bahan daripada Cikgu Share.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : LATIHAN BAHASA INGGERIS -STORY COMPREHENSION

Diharapkan agar perkongsian mengenai Latihan Bahasa Inggeris Tahun 1(Story Comprehension) ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang berkualiti kepada kanak-kanak.

Pada masa yang sama, kami juga berharap agar bahan ini dapat membantu murid-murid meningkatkan pengetahuan serta kemahiran membaca Bahasa Inggeris mereka.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi 20 Set Kuiz Online Matematik bagi murid Tahun 5, dan Koleksi Cerita Kanak-kanak mengikut Abjad yang sesuai untuk digunakan sebagai bahan bantu mengajar kepada kanak-kanak prasekolah. Selain itu, guru-guru juga boleh menjadikan kelas atas talian menarik dengan Senarai Permainan Bahasa yang boleh dilakukan ketika kelas atas talian.