Kuiz (Quizizz) Matematik Tahun Satu adalah koleksi soalan-soalan kuiz online Matematik bagi murid Tahun Satu (1). Soalan kuiz ini menggunakan aplikasi yang dikenali Quizizz dimana boleh digunakan oleh semua pelajar sebagai latihan pengukuhan. Murid-murid boleh menggunakan telefon bimbit, komputer riba, tablet untuk mengakses dan menjawab kuiz online ini.
Sempena cuti persekolahan ini, murid-murid digalakkan mengulangkaji pelajaran dengan melakukan latihan-latihan dan kuiz di rumah.
Kebiasaannya, mata pelajaran Matematik kurang digemari oleh murid-murid sekolah. Justeru, bimbingan dari peringkat awal untuk mendidik mata pelajaran Matematik amat penting bagi membiasakan mereka terdedah dengan nombor-nombor yang digunakan.
Banyak langkah dan kaedah pendekatan yang diambil oleh warga pendidik dalam usaha membimbing murid untuk menggemari mata pelajaran Matematik ini. Topik-topik asas di dalam Matematik dipraktikkan dalam kehidupan seharian seperti operasi tolak tambah, darab, bahagi, pengiraan wang, masa dan waktu, berat dan sebagainya.
Dapatkan “Kuiz (Quizizz) Matematik Tahun Satu” di sini
Kami ingin kongsikan pautan-pautan soalan kuiz online disini bagi kemudahan murid mengulangkaji mata pelajaran Matematik. Mereka boleh menjawab kuiz ketika di rumah.
Klik link : Link Kuiz Online disini
- Soalan (Quizizz) Matematik (1)
- Soalan (Quizizz) Matematik (2)
- Soalan (Quizizz) Matematik (3)
- Soalan (Quizizz) Matematik (4)
- Soalan (Quizizz) Matematik (5)
- Soalan (Quizizz) Matematik (6)
- Soalan (Quizizz) Matematik (7)
Kaedah Menguasai Kemahiran Matematik
Seperti kita ketahui, kita banyak menggunakan kemahiran asas Matematik dalam kehidupan seharian kita. Kemahiran berkaitan nombor, tambah tolak, masa dan sebagainya adalah kemahiran asas dalam kehidupan kita. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh dipraktikkan oleh pendidik, ibu bapa dan juga murid dalam usaha menguasai mata pelajaran Matematik:-
- Menjawab soalan Matematik menggunakan permainan atau aktiviti menarik dimana ianya dapat menarik minat murid terhadap mata pelajaran tersebut. Kanak-kanak sukakan permainan dan benda yang seronok, demikian, dengan menerapkan soalan-soalan matematik di dalam permainan dapat membantu meningkatkan penguasaan mereka.
- Murid-murid mesti mengulangkaji dengan membaca nota-nota sebelum memasuki kelas. Murid akan mengetahui dan mengingati formula-formula penting ketika berada di dalam kelas sekaligus membantu murid meningkatkan keyakinan murid untuk menguasai mata pelajaran ini.
- Menerapkan kemahiran matematik dalam kehidupan harian. Ibu bapa sentiasa bersoal jawab, bersama-sama mengulangkaji Matematik semasa meluangkan masa di rumah.
- Murid perlu membiasakan diri dengan menjawab soalan-soalan peperiksaan tahun lepas dan memahami bentuk soalan yang sering dikeluarkan.
- Melakukan latihan tubi matematik merangkumi pelbagai tahap kesukaran. Bermula dari soalan senang hingga ke soalan sukar. Dengan melakukan hal ini, murid dapat membiasakan diri apabila menjawab soalan sukar di dalam peperiksaan sebenar nanti.
Oleh itu, kemahiran-kemahiran Matematik amat penting dalam kehidupan kita dan melancarkan segala urusan perniagaan dan sebagainya. Masyarakat juga akan lebih berfikiran kritis dan luas dengan menguasai ilmu Matematik ini. Dengan kemajuan teknologi sekarang ini, tiada masyarakat akan ketinggalan untuk mendapatkan sistem pendidikan tidak kira semasa di rumah ataupun tidak. Kita boleh mengakses pelbagai latihan-latihan, soalan peperiksaan secara online. Justeru itu, dengan penguasaan dalam ilmu Matematik ini dapat melahirkan masyarakat yang berfikiran kritis serta dapat menyumbang kepada negara.
Manfaat Bersama
Pada kali ini, kami berkongsi artikel bertajuk Koleksi Kuiz (Quizizz) Matematik Tahun Satu sebagai latihan pengukuhan untuk murid Tahun 1 dalam meningkatkan penguasaan mereka dalam mata pelajaran matematik. Untuk makluman anda, sebelum ini kami ada berkongsi info-info semasa kerajaan dan bahan berkaitan pendidikan seperti Kempen Bayar Saman: Pengurangan 50%.