Latihan Latihan Bahasa Inggeris Tahun 1= Unit: At School, Muka Surat 3&4

Latihan Bahasa Inggeris Tahun 1= Unit: At School, Muka Surat 3&4

330

Latihan BI Unit 1 Muka Surat 3&4

Latihan Bahasa Inggeris Tahun 1= Unit: At School, Muka Surat 3&4. Di dalam perkongsian ini, latihan berkonsepkan alatan asas persekolahan seperti pensil, pen dan sebagainya. Latihan ini bertujuan untuk mengenalkan asas Bahasa Inggeris kepada murid-murid tahun 1.

Tips Mengajar Bahasa Inggeris Tahun 1

Proses mengajar Bahasa Inggeris Tahun 1 adalah sesuatu yang mencabar kerana mereka adalah baru kepada bahasa ini. Para guru hendaklah menggunakan arahan yang ringkas agar mereka mudah memahami arahan yang diberikan. Selain daripada itu, antara langkah-langkah mengajar mata pelajaran ini ialah:

  • Selalu memastikan murid-murid faham dengan cara bertanyakan soalan kepada setiap murid. Hal ini kerana, murid-murid di negara kita selalunya akan berdiam diri jika tidak memahami sesuatu topik berbanding dengan murid negara lain. Budaya negara luar adalah apabila mereka tidak memahami sesuatu topik, mereka akan mengangkat tangan. Jadi, para guru hendaklah memahami setiap muridnya melalui bahasa badan dan kelakuan mereka.
  • Berikan masa yang cukup untuk berlatih. Apabila merujuk kepada pembelajaran bahasa asing, guru-guru hendaklah memahami keadaan murid-murid dengan cara membenarkan mereka untuk berlatih dalam tempoh yang mencukupi. Setiap murid mempunyai tahap kefahaman dan kecekapan yang berlainan. Perkara ini perlu diambil berat oleh setiap guru supaya tidak membandingkan tahap kefahaman setiap murid. Benarkan murid-murid untuk mengulang semula ayat dalam bahasa inggeris bersama-sama guru ataupun bersama rakan-rakan sekelas.
  • Visualkan setiap topik untuk lebih difahami oleh murid-murid. Apabila penvisualan tidak dilakukan, guru hanya akan menerangkan sesuatu perkara dengan memberikan pelbagai lagi perkataan yang akan menambah kekeliruan murid. Jadi, dengan melakukan visualisasi ini, murid-murid akan lebih mudah untuk memahami sesuatu perkara. Sebagai contoh, guru hendak mengajarkan kata lawan bagi perkataan pendek. Maka, guru hendaklah melukiskan kata lawan perkataan tersebut agar mudah difahami.
  • Pelbagaikan kaedah mengajar. Guru tidak perlu hanya berfokuskan kepada buku teks dan lembaran kerja yang tidak mempunyai elemen-elemen yang menarik. Terdapat pelbagai kaedah dan lembaran kerja yang menarik yang telah disediakan di laman-laman sesawang di Internet. Para guru perlulah rajin melakukan aktiviti yang dapat mendidik dan pada masa yang sama, bermain dengan anak murid mereka.

Dapatkan “Latihan Bahasa Inggeris Tahun 1= Unit: At School, Muka Surat 3&4” di sini


Latihan Bahasa Inggeris ini dikhaskan bagi murid Tahun 1 dan bertujuan untuk membantu guru-guru dan ibu bapa dalam penyediaan bahan pendidikan yang selaras dengan Proses Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) di sekolah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : ENGLISH YEAR 1 PAGE 3&4 (AT SCHOOL)

Latihan Murid Tahun 1

Di dalam perkongsian yang terdahulu, kami ada berkongsi tentang bahan-bahan pendidikan murid tahun 1 seperti mata pelajaran Bahasa Melayu, Sains dan Matematik. Antaranya ialah:

  • Latihan Bahasa Melayu Tahun 1: Masyarakat Muhibbah
  • Latihan Operasi Asas Matematik, Tambah Tolak 
  • Praktis Mata Pelajaran Sains Tahun 1

Untuk mendapatkan informasi terkini dan bahan-bahan pendidikan yang lain, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.