Latihan Koleksi Latihan Subject Verb Agreement -Bahasa Inggeris Sekolah Rendah

Koleksi Latihan Subject Verb Agreement -Bahasa Inggeris Sekolah Rendah

953

koleksi latihan subject verb agreement

Koleksi Latihan Subject Verb Agreement -Bahasa Inggeris Sekolah Rendah ini mempunyai dua set latihan bahasa inggeris bagi membantu murid-murid untuk menguasai penggunaan subject verb agreement dalam bahasa inggeris dengan betul.

Pelbagai kaedah yang boleh diimplikasikan oleh ibu bapa untuk mengajar dan menambah kemahiran berbahasa inggeris di rumah. Antaranya ialah berkomunikasi menggunakan bahasa inggeris yang ringkas terlebih dahulu. Contohnya, minta anak untuk duduk dengan mengucapkan “Sit down”. Dengan cara ini, mereka akan biasa dengan perkataan dan maksud perkataan tersebut.

Selain daripada itu, ibu bapa boleh membacakan cerita dalam bahasa tersebut kepada anak-anak sebelum mereka tidur. Perkara ini akan membenarkan anak-anak untuk terbiasa mendengar bahasa inggeris dan mempelajari struktur bahasa tersebut secara tidak langsung.

Apabila ingin berkomunikasi dengan anak dalam bahasa inggeris, lakukannya secara bertahap. Mulakan dengan bahasa yang paling mudah terlebih dahulu denga menggunakansatu demi satu kata dalam bahasa inggeris. Elakkan daripada memaksa anak untuk mengerti pengucapan panjang yang diungkapkan oleh ibu bapa.

Selain daripada berkomunikasi, ibu bapa boleh mencuba untuk membeli permainan pembelajaran dengan bahasa inggeris seperti kad imbasan yang menunjukkan abjad, nombor, haiwan, makanan dan sebagainya.

Ibu bapa juga boleh mencipta sendiri kad imbasan dengan bantuan Internet. Ibu bapa boleh mengajak anak untuk bermain menggunakan permainan yang dicipta oleh ibu bapa sendiri. Secara tidak langsung, anak-anak akan mengetahui makna daripada gambar-gambar yang dilihatnya.

Dapatkan “Koleksi Latihan Subject Verb Agreement” di sini


Di sini kami akan kongsikan bahan yang dapat digunakan oleh para ibu bapa dan guru-guru dalam menyediakan bahan latihan bahasa inggeris untuk kanak-kanak. Latihan ini boleh dijadikan sebagai latihan semasa di dalam kelas ataupun sebagai latihan insentif untuk dilakukan di rumah.

Sila muat turun melalui pautan yang telah disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

Diharapkan agar perkongsian mengenai Koleksi Latihan Subject Verb Agreement ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa serta membantu murid-murid sekolah rendah dalam memperkasakan bahasa inggeris.

Pada perkongsian lepas, kami ada kongsikan beberapa bahan pendidikan seperti:

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan akses kepada bahan pendidikan yang lebih banyak serta bagi mendapatkan informasi terkini mengenai bantuan kerajaan, bantuan pendidikan dan sebagainya.