Kertas Lukisan KOLEKSI POSTER MEWARNA HARI KEBANGSAAN DAN SAJAK HARI KEBANGSAAN

KOLEKSI POSTER MEWARNA HARI KEBANGSAAN DAN SAJAK HARI KEBANGSAAN

3057

Sudah pasti ramai yang sedia maklum, Malaysia akan menyambut sambutan Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan yang telah ditetapkan pada tarikh 31 Ogos setiap tahun. Pada tahun 2022 ini, genaplah 65tahun Malaysia telah merdeka.

Adakah anda tahu apakah tema Hari Kebangsaan pada tahun ini? Tema pada tahun ini telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia iaitu YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa pada 1 Julai 2022. Tema yang dipilih adalah KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA.

Tema ini dipilih sebagai menghargai kesungguhan dan keprihatinan serta ketabahan warga Malaysia sepanjang mengharungi dugaan dan cabaran semasa pandemic Covid-19.

Bagi menghargai dan menyambut bersama hari yang berbahagia ini, sukacita admin kongsikan buat guru-guru, KOLEKSI POSTER MEWARNA DAN SAJAK KEMERDEKAAN yang boleh guru-guru gunakan untuk melakukan aktiviti bersama pelajar sempena menyambut Hari Kebangsaan yang bakal tiba ini.

Admin berharap, walau apa pun dugaan dan cabaran yang bakal kita tempuh di masa hadapan, sebagai rakyat Malaysia yang merdeka, kita akan tetap bersama dan bersatu hati!

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG 65,

KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA”

Semoga dengan perkongsian ini dapat memudahkan proses para guru memberi tunjuk ajar kepada anak murid serta dapat membantu murid memahami dengan lebih pantas dan senang sesuatu topik yang dipelajari. Ikut kami di T.me/sistemguruonline untuk koleksi bahan bantu mengajar yang terkini. Terima kasih

MUAT TURUN POSTER MERDEKA :

MUAT TURUN KOLEKSI SAJAK :