Soalan Peperiksaan KOLEKSI SOALAN PENDIDIKAN ISLAM PERCUBAAN SPM 2021 BAHAGIAN 2

KOLEKSI SOALAN PENDIDIKAN ISLAM PERCUBAAN SPM 2021 BAHAGIAN 2

280

Pendidikan Islam seringkali dikatakan subjek paling mudah untuk skor SPM, namun begitu, subjek ini bukan sahaja memerlukan minda yang cergas dan mantap tetapi juga memerlukan minda yang kuat untuk mengingati fakta, peristiwa dan tarikh penting dalam sejarah serta beberapa takrif hukum yang betul.

Untuk memahami subjek ini, pelajar bukan sahaja perlu membaca dengan focus tetapi juga perlu rajin membuat nota ringkas agar dapat mengenalpasti dan mengingati point penting yang mungkin ditanya dalam peperiksaan.

Macam mana nak skor A dalam Pendidikan Islam SPM? Jom baca tips yang admin kongsikan di bawah bersama lampiran soalan dan skema jawapan peperiksaan percubaan SPM 2021.

TEKNIK KENALPASTI SOALAN KBAT PENDIDIKAN ISLAM SPM :-

  1. Soalan yang meransang minda/stimulus.
  2. Tiada kuantiti jawapan dikehendaki, ini kerana pelajar hanya perlu mengemukakan 1 jawapan sahaja bersama huraian yang bersesuaian dengan nilai markah.
  3. Peruntukkan markah untuk soalan KBAT biasanya 4 markah yang terdiri daripada :
  • Isi 1 markah
  • Huraian 2 markah
  • Kesimpulan 1 markah
  1. Pastikan calon menyenaraikan jawapan mengikut kehendak soalan dan memberikan huraian atau keterangan tambahan yang diselitkan bersama contoh, dalil, peristiwa dan tarikh yang betul.
  2. Kesimpulan yang diberikan juga hendaklah berkaitan dengan huraian.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memudahkan proses para guru memberi tunjuk ajar kepada anak murid serta dapat membantu murid memahami dengan lebih pantas dan senang sesuatu topik yang dipelajari. Ikut kami di T.me/sistemguruonline untuk koleksi bahan bantu mengajar yang terkini. Terima kasih

KOLEKSI SOALAN BERSAMA SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN 1 :-

KEDAH

PERLIS

PERAK

JOHOR

PUTRAJAYA

SABAH