Buku Panduan & Pengurusan KOLEKSI TEMA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2001 HINGGA 2022

KOLEKSI TEMA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2001 HINGGA 2022

1214

Sebagai umat Islam, wajib untuk kita mengetahui dan mengingati hari-hari dan peristiwa bersejarah dalam sejarah pembangunan Islam. Tanggal 12 Rabiulawal dalam bulan hijrah Islam bukanlah satu tanggal biasa, ia merupakan tanggal yang amat bersejarah bagi umat Islam seluruh dunia. Tanggal ini dikenali sebagai Maulud Nabi Muhammad SAW, iaitu hari keputeraan Nabi Muhammad yang jatuhnya pada hari Isnin,12 Rabiulawal Tahun Gajah, bersamaan dengan 20 April 571, (Dari hadis riwayat Muslim, 8/25).

Setiap tahun, kita akan mengadakan sambutan untuk meraikan hari yang bersejarah dan menggembirakan seluruh umat Islam di dunia ini. Sambutan setiap tahun juga mempunyai tema yang berbeza-beza. Pada tahun 2020, tema sambutan Maulidur Rasul adalah “Ummah Rabbani,Negara Harmoni”, manakala pada tahun 2021 pula membawa tema “Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti”, bagi tahun 2022, tema “Keluarga Malaysia, Pemangkin Kemakmuran” telah dipilih.

Oleh itu, di sini admin kongsikan KOLEKSI TEMA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2001 HINGGA 2022 yang juga telah dikongsikan oleh para pendidik lainnya. Dengan perkongsian ini, admin yakin ia akan membantu memudahkan para pendidik untuk membuat rujukan dalam penyediaan kertas kerja yang diperlukan.

Semoga dengan perkongsian KOLEKSI TEMA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2001 HINGGA 2022 dapat memudahkan proses para guru memberi tunjuk ajar kepada anak murid serta dapat membantu murid memahami dengan lebih pantas dan senang sesuatu topik yang dipelajari. Ikut kami di T.me/sistemguruonline untuk koleksi bahan bantu mengajar yang terkini. Terima kasih

SENARAI TEMA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2001 HINGGA 2022

  • Tema Sambutan Maulidur Rasul 1444H / 2022 : “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”
  • Tema Sambutan Maulidur Rasul 1443H / 2021 : “Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti”
  • Tema Sambutan Maulidur Rasul 1442H / 2020 : “Ummah Rabbani, Negara Harmoni”
  • Tema Sambutan Maulidur Rasul 1441H / 2019 : “Negara Rahmah Ummah Sejahtera”
  • Tema Sambutan Maulidur Rasul 1440H / 2018 : “Menyantuni Umat Membawa Rahmat”
  • Tema Sambutan Maulidur Rasul 1439H / 2017 : ”Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara”
  • Tema Sambutan Maulidur Rasul 1438H / 2016 : “Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah”
  • Tema Sambutan Maulidur Rasul 1437H / 2015 : “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”
  • Tema Sambutan Maulidur Rasul 1436H / 2014 : “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”
  • Tema Sambutan Maulidur Rasul 1435H / 2013 : “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”
  • Tema Sambutan Maulidur Rasul 1434H / 2012 : “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”
  • Tema Sambutan Maulidur Rasul 1433H / 2011 : “Satu Malaysia Satu Ummah”
  • Tema Sambutan Maulidur Rasul 1432H / 2010 : “Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah”
  • Tema Sambutan Maulidur Rasul 1431H / 2009 : “Wahdah Pemangkin Khaira Ummah”
  • Tema Sambutan Maulidur Rasul 1430H / 2008 : “Insan Cemerlang Insan Terbilang”
  • Tema Sambutan Maulidur Rasul 1429H / 2007 : “Insan Cemerlang Insan Terbilang”
  • Tema Sambutan Maulidur Rasul 1428H / 2006 : “Keunggulan Ilmu Teras Kegemilangan Ummah”
  • Tema Sambutan Maulidur Rasul 1427H / 2005 : “Negara Maju Matlamat Kita”
  • Tema Sambutan Maulidur Rasul 1426H / 2004 : “Kedatangan Muhamad Rasulullah Membawa Rahmat Kepada Alam”
  • Tema Sambutan Maulidur Rasul 1425H / 2003 : “Bersama Hayati Keindahan Islam”
  • Tema Sambutan Maulidur Rasul 1424H / 2002 : “Perpaduan Pemangkin Ummah”
  • Tema Sambutan Maulidur Rasul 1423H / 2001 : “Perpaduan Pemangkin Pemangunan Ummah”