Kuiz Online Kuiz (Quizizz) Online Pendidikan Islam Tahun 1

Kuiz (Quizizz) Online Pendidikan Islam Tahun 1

698

Kuiz (Quizizz) Online Matematik Tahun 1

Kuiz (Quizizz) Online Pendidikan Islam Tahun 1 adalah dikongsikan untuk guru-guru serta murid Tahun Satu (1) sebagai latihan pengukuhan dan soalan mengulangkaji yang boleh dilakukan ketika waktu lapang. Untuk menguasai mata pelajaran Pendidikan Islam, latihan dan pembacaan yang berterusan perlu dilakukan untuk mengingati setiap fakta di dalamnya.

Pelbagai kemudahan fasiliti dalam sistem pendidikan sekarang ini berlandaskan perkembangan teknologi semasa. Di sekolah, alatan bantu mengajar juga terdiri daripada pelbagai alat elektronik canggih untuk membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, aplikasi seperti Quizizz sangat membantu murid-murid untuk melakukan latihan secara online ketika waktu lapang.

 Pendidikan Islam dalam Pendidikan

Dari sistem Pendidikan Islam dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, tujuan utama penyelarasannya adalah untuk melahirkan murid atau modal insan berdasarkan aspek-aspek fizikal, mental, rohani dan jasmani. Ianya bertujuan untuk membentuk manusia yang beramal dan bertaqwa kepada Allah SWT.

  • Membina individu yang berakhlak mulia
    • Mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi
    • Sentiasa beramal kepada-Nya
    • Menjaga akidah yang sempurna
    • Beriman kepada Allah SWT
    • Menjaga tatasusila berdasarkan syariat
  • Membentuk atau membina keluarga yang bahagia dan beramal soleh
    • Melahirkan keturunan yang sentiasa beramal soleh
    • Keluarga yang mempraktikkan asas agama Islam
    • Untuk menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan
    • Menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab dan menjadi contoh kepada keluarga
  • Mewujudkan negara yang aman 
    • Pemimpin negara memberikan contoh terbaik kepada rakyat seperti berakhlak mulia, beramanah dan berketrampilan
    • Memberi peluang kepada sesiapa yang ingin memeluk islam atau sesiapa yang ingin berhijrah untuk lebih dekat kepada keimanan

Sebelum ini kami ada kongsikan artikel mengenai bahan pendidikan seperti Kuiz (Quizizz) Online Matematik Tahun Satu (1) dan Kuiz (Quizizz) Online Sains Tahun Satu (1).

Dapatkan “Quizizz Pendidikan Islam Tahun 1” di sini


Kami kongsikan disini beberapa pautan seperti di bawah berkaitan dengan kuiz online Pendidikan Islam Tahun 1 bagi membantu para murid untuk melaksanakan latihan pengukuhan ketika waktu lapang.

Klik Link : Kuiz Online disini

Faedah Pendidikan Islam dalam Kehidupan 

Terdapat pelbagai asas kemahiran, nilai-nilai murni yang dapat diterapkan melalui pendidikan islam dalam kehidupan seharian kita. Asas agama Islam amat penting dalam kehidupan kita kerana dapat memberikan banyak faedah seperti:-

  • Dapat membentuk keperibadian diri yang baik
  • Masyarakat yang berakhlak mulia, harmoni dan saling bertolak ansur antara satu sama lain
  • Pemimpin yang beramanah, bertanggungjawab dan tidak melakukan penindasan kepada masyarakat
  • Negara yang aman

Manfaat Bersama

Oleh itu, melalui perkongsian kami di artikel ini bertajuk Kuiz (Quizizz) Online Pendidikan Islam Tahun 1, para guru dan murid-murid dapat sentiasa mendapatkan bahan pendidikan tidak kira secara bersemuka ataupun tidak. Dengan kemajuan teknologi sekarang ini, pelbagai kaedah dilaksanakan untuk memastikan setiap masyarakat menerima pendidikan yang sebaiknya. Murid-murid boleh mengakses pelbagai latihan-latihan pengukuhan, soalan peperikasaan dengan secara online. Pengetahuan dalam Pendidikan Islam amat penting sebagai asas kehidupan kita agar dapat melahirkan individu yang berkakhlak mulia, masyarakat yang harmoni serta dapat memberi manfaat kepada negara.