Latihan Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 14&15

Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 14&15

274

Praktis Prasekolah Aktiviti Pagar Sesat 14&15

Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 14&15. Latihan ini adalah merupakan salah satu inisiatif bagi membantu guru-guru prasekolah untuk menyediakan bahan pendidikan kepada murid-murid.

Latihan ini adalah berkonsepkan permainan yang sesuai dengan fitrah semula jadi kanak-kanak, iaitu bermain. Proses pembelajaran kanak-kanak prasekolah hendaklah dijalankan secara santai dan tidak berfokuskan kepada pembelajaran sahaja. Guru perlulah kreatif untuk mempelbagaikan cara pembelajaran dan tidak menjadikan proses PdP terlalu tertekan.

Fasa prasekolah adalah penting untuk kanak-kanak sebelum mereka menjejakkan kaki ke alam persekolahan yang sebenar. Daripada fasa inilah, mereka dididik untuk menyesuaikan diri dengan rutin harian sekolah, persekitaran dan cara pembelajaran. Jika semasa prasekolah lagi mereka telah diperkenalkan dengan keadaan yang tertekan, kanak-kanak ini akan mempunyai tanggapan buruk apabila hendak memulakan sesi persekolahan yang sebenar.

Langkah yang harus digunakan oleh guru-guru adalah seperti:

  • Menggunakan alat bantu belajar yang dapat menarik perhatian murid dan mewujudkan suasana yang ceria.
  • Lakukan aktiviti penyelesaian masalah seperti silang kata, teka teki, nombor dan perkataan.

Dapatkan “Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 14&15” di sini

Selain daripada guru-guru, ibu bapa juga boleh menggunakan latihan ini sebagai latihan tambahan kepada anak-anak di rumah. Latihan ini juga boleh dicetak oleh guru-guru dan ibu bapa untuk dimanfaatkan sebagai praktis tambahan di rumah dan juga di sekolah.

Download : LATIHAN PRASEKOLAH – AKTIVITI PAGAR SESAT MUKA SURAT 14&15

Latihan Prasekolah ini boleh digunakan oleh ibu bapa kerana latihan ini dapat memahirkan kanak-kanak mereka untuk memegang pensil warna, mengenali warna-warna serta dapat mengenali barangan alatan sekolah.

Dokumen latihan ini adalah di dalam format PDF yang memudahkan para ibu bapa dan guru untuk mencetak tanpa melakukan sebarang perubahan dan fail ini mempunyai saiz yang kecil bagi memudahkan proses muat turun.

Dokumen ini juga mempunyai pelbagai konsep warna kerana warna-warna adalah aspek yang menarik minat kanak-kanak, serta merangsang minda mereka.

Selain daripada perkongsian bahan ini, kami juga pernah berkongsi tentang bahan-bahan pendidikan yang lain seperti:

  • Latihan Matematik Tahun 1, Operasi Tambah dan Tolak
  • Praktis Bahasa Melayu, Tema Masyarakat Muhibbah
  • Aktiviti Bahasa Inggeris, Tahun 1 
  • Latihan Sains Tahun 1= Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup 

Untuk mendapatkan informasi terkini dan bahan bantu pendidikan yang lain, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.

Dengan perkongsian ini, diharapkan agar bahan-bahan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para guru dan ibu bapa sebagai latihan tambahan bagi meningkatkan kemahiran murid-murid.