Latihan Latihan Bahasa Melayu Tahun 1= Unit: Masyarakat Muhibbah, Muka Surat 2

Latihan Bahasa Melayu Tahun 1= Unit: Masyarakat Muhibbah, Muka Surat 2

642

Latihan BM Tahun 1 Masyarakat Muhibbah ms 2

Latihan Bahasa Melayu Tahun 1= Unit: Masyarakat Muhibbah, Muka Surat 2. Sebelum ini, Latihan Bahasa Melayu Tahun 1 yang telah disediakan menyentuh kepada penggunaan kata imbuhan.

Di dalam perkongsian ini, latihan ini adalah berfokuskan kepada kemahiran dalam membina ayat yang betul, kemahiran bertutur dalam bahasa melayu serta kemahiran berkomunikasi. Perkara ini adalah penting dalam proses pengajaran khususnya bagi murid tahun 1. Penggunaan bahasa dan kemahiran berkomunikasi yang betul perlulah diterapkan agar mereka dapat mengimplikasikannya ke dalam kehidupan seharian.

Kemahiran Berkomunikasi

Menurut portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KPM), berkomunikasi adalah penting untuk seseorang individu menyatakan hasrat, pendapat dan perasaan. Komunikasi yang baik dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat. Komunikasi yang berkesan dapat memberikan impak yang luar biasa terhadap penyampaian sesuatu perkara. Antara ciri komunikasi yang berkesan adalah:

  • Penerangan yang jelas.
  • Menunggu giliran untuk bercakap.
  • Tidak menyebelahi perkara baik dan buruk.
  • Dapat membantah dengan tenang.
  • Berkomunikasi dengan sopan di mana perbualan adalah ringkas dan jelas.
  • Bertentang mata.
  • Posisi dalam keadaan tegak dan tidak bermalasan.
  • Berkomunikasi menggunakan nada biasa.
  • Berkata-kata apabila perlu.
  • Dapat menerima tanggungjawab tanpa sebarang helah.
  • Apabila memerlukan pertolongan, dapat meminta dengan baik.
  • Menggunakan empati tetapi dalam penggunaan bahasa yang dihormati.

Apabila menyentuh aspek komunikasi, ianya melibatkan dua perkara iaitu individu yang menyampaikan dan juga individu yang mendengar perkara yang disampaikan. Keberkesanan mendengar adalah seperti mendengar dan menunjukkan bahawa anda mendengar dan memahami perasaan mereka. Menunjukkan tanda bahawa anda sedang mendengar dengan penuh minat. Mengakui bahawa sedang mendengar dengan memberikan respon yang sesuai

Dapatkan “Latihan Bahasa Melayu Tahun 1= Unit: Masyarakat Muhibbah, Muka Surat 2” di sini


Di sini kami menyediakan pautan kepada bahan tersebut. Sila muat turun pada pautan yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’.

Download : Link Download disini

Selain daripada perkongsian berkenaan dengan mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 1, kami juga pernah berkongsi berkenaan dengan latihan mata pelajaran asas yang lain seperti:

  • Latihan Bahasa Inggeris Tahun 1 
  • Latihan Matematik Tahun 1 Operasi Asas
  • Latihan Mata Pelajaran Sains Tahun 1

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan yang lain serta informasi-informasi terkini.