Kemahiran membina ayat adalah merupakan satu kemahiran yang dinilai sebagai peringkat tinggi dalam kemahiran menulis secara mentalis. Peringkat membina ayat ini dikenali sebagai pelahiran iaitu membawa maksud pelajar akan mula melahirkan buah fikiran mereka sendiri atau idea mereka sendiri secara bertulis untuk menggambarkan dan menceritakan sesuatu.
Untuk peringkat awal, guru dan ibu bapa digalakkan untuk membantu mereka dalam proses membina ayat dengan memberikan contoh dan ransangan. Antara teknik yang boleh digunakan adalah dengan memberi ransangan dari segi visual atau gambar sesuatu objek dan membantu mereka untuk menceritakan tentang objek tersebut.
Seterusnya, guru dan ibu bapa boleh membantu mereka membina ayat dengan memberi contoh perkataan yang boleh digunakan dalam membentuk satu ayat sempurna. Apabila murid telah berada dalam fasa selesa dan dapat membina satu ayat dengan sendirinya, mereka akan lebih mudah untuk menghasilkan ayat lain sehingga membentuk satu perenggan.
Oleh itu, modul latihan kali ini admin kongsikan latihan bina ayat berdasarkan perkataan dan gambar (tahap 1). Modul ini mempunyai 17 mukas surat yang terdiri daripada pelbagai teknik latihan bina ayat. Ada latihan bina ayat berdasarkan gambar dan ada juga latihan susun semula perkataan sehingga menjadi satu ayat sempurna.
Admin juga ingin kongsikan tips khas untuk menguasai teknik bina ayat.
Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.
MUAT TURUN SEKARANG :
- Latihan Bina Ayat