Latihan Latihan Mudah Sifir Matematik Untuk Kanak-Kanak

Latihan Mudah Sifir Matematik Untuk Kanak-Kanak

1068
Latihan Mudah Sifir Matematik Untuk Kanak-Kanak
Latihan Mudah Sifir Matematik Untuk Kanak-Kanak

Buat ibu bapa dan guru-guru prasekolah, kami sediakan latihan mudah sifir matematik untuk kanak-kanak. menguasai sifir merupakan perkara asas bagi mata pelajaran matematik sejak tahun satu lagi.

Latihan Mudah Sifir Matematik Untuk Kanak-Kanak

Sifir matematik merupakan asas penting dalam pembelajaran matematik kanak-kanak.

Apa Maksud Sifir?

Menurut kamus dewan edisi ke empat adalah Secara istilah sifir bermaksud daftar bilangan yg dipergandakan berturut-turut seperti 2 × 1, 2 × 2, 2 × 3 dan seterusnya (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Bermakna, sifir pada asasnya adalah penambahan berulang, di mana kumpulan nombor ditambah secara berulang kali. Sebagai contoh, 3×3 sebenarnya 3 ditambah sebanyak 3 kali dan 8×4 sebenarnya 8 ditambah sebanyak 4 kali. Sifir yang selalu digunakan dan dihafal bermula dari sifir 2 hingga 12. Kekeliruan pelajar berkaitan sifir apabila soalan yang di darab dengan angka 0, setiap angka yang di darab dengan kosong maka jawapannya kosong.

Berikut kami kongsikan jadual sifir dari 1 sehingga 10:

Untuk tidak terlepas bahan nota atau latihan bagi sekolah rendah dan prasekolah, mari ikuti kami di saluran berikut:

Cara Menghafal Sifir

Menghafal sifir akan memudahkan kiraan mana-mana soalan darab secara manual tanpa bergantung sepenuhnya kepada alat elektronik. Oleh itu, terdapat beberapa cara yang boleh membantu pelajar menghafal sifir sejak kanak-kanak lagi. Antaranya adalah:

  1. Jadual Darab
  2. Tempoh Berlatih yang Pendek tetapi Kerap
  3. Darab Sambil Mewarna
  4. Mengingat menggunakan jari
  5. Menjawab soalan quiz online

Untuk penerangan lebih lanjut, boleh rujuk jadual di bawah:

KaedahPenerangan
Jadual DarabDengan menyediakan senarai jadual darab. Galakkan anak anda untuk melengkapkan times tables sheets tersebut, kemudian lekatkan kesemuanya di dalam bilik atau sekeliling rumah di mana kanak-kanak boleh melihatnya.
Tempoh Berlatih yang Pendek tetapi KerapBerlatih untuk tempoh yang pendek tetapi kerap. Sebagai alternatif, menanyakan beberapa soalan dengan kerap berkemungkinan memberi kesan yang lebih besar daripada menghabiskan sesi yang panjang sekali seminggu.

Boleh gunakan bahan yang kami sediakan sebagai latihan mudah sifir.
Hafal sifir guna kaedah gigiKaedah ini menggunakan cara mengira bilangan gigi dan diteruskan setiap rambut yang mewakili sifir. Cara cukup mudah, dengan hanya melukis muka dan mengira gigi-gigi gambar tersebut.

Ingin tahu lebih lanjut, admin akan menjelaskan ia di bawah.
Mengingat menggunakan jariKaedah ini secara umumnya untuk mengingat urutan darab bagi setiap angka. Namun untuk angka 9 sahaja, dengan menutup jari berdasarkan bilangan darab sebagai contoh jari yang ke tiga , kita akan dapat jawapan berdasarkan dua jari awal dan tujuh jari baki. Menunjukkan jumlah 9 x 3 jawapannya 27.
Menjawab soalan quiz onlineAnda juga boleh menggunakan Twinkl Go! Permainan berasaskan web dan berinteraktif ini mempunyai pilihan aktiviti dan permainan pendaraban, seperti Gear Catcher untuk membantu anak anda mempraktikkan sifir. 

Jom dapatkan latihan sifir yang kami sediakan secara percuma dengan menekan butang di bawah:

Latihan Mudah Sifir Matematik Untuk Kanak-Kanak
Contoh Latihan Mudah Sifir Matematik Untuk Kanak-Kanak
Latihan Mudah Sifir Matematik Untuk Kanak-Kanak
Contoh Latihan Mudah Sifir Matematik Untuk Kanak-Kanak

Disediakan oleh: Fazrul Mustaqim

Hafal Sifir Guna Kaedah Gigi

Sebenarnya banyak cara untuk mengajar anak mudah hafal sifir yang bukan sahaja mereka dapat ingat dengan cemerlang bahkan lebih memahami konsep sifir secara menyeluruh. Di sini kami kongsikan hafal sifir guna kaedah gigi berdasarkan panduan berikut:

  1. Lukiskan gambar muka atau buat bulatan dan lukiskan mata seperti dalam gambar atau ikut kreativiti anda.
  2. Lukiskan rambut (rambut perlulah mengikut bilangan sehingga yang anda mahu anak ingat atau faham seperti 1-10).
  3. Selepas lukiskan rambut lukiskan mulut dan gigi (mengikut bilangan sifir yang mahu diajar) jika sifir dua, lukis dua gigi sahaja jika sifir empat lukiskan empat batang gigi sahaja.
  4. Kirakan bermula dengan gigi. Jika sifir dua, cara kiraan gigi adalah satu, dua. Dan tuliskan nombor dua pada rambut pertama.
  5. Seterusnya teruskan gandaan iaitu tiga empat, tuliskan empat pada rambut kedua. dan seterusnya. Anak akan faham bahawa sifir adalah penambahan berulang-ulang.
Contoh Latihan Mudah Sifir Matematik Untuk Kanak-Kanak
Contoh cara jawab Latihan Mudah Sifir Matematik Untuk Kanak-Kanak

Dikongsikan oleh: Syaqiera Adni

Kesimpulannya, latihan sifir matematik adalah penting dalam pembangunan kemahiran matematik kanak-kanak. Ibu bapa dan guru perlu bekerjasama untuk memastikan kanak-kanak mendapat peluang yang mencukupi untuk melatih sifir matematik mereka. Dengan pendekatan yang betul, kita boleh membantu kanak-kanak membina asas yang kukuh dalam matematik, yang akan memberi manfaat kepada mereka sepanjang hayat.