Latihan LATIHAN PRA SEKOLAH/TAHAP 1 : BACA DAN TULIS (SET 1)

LATIHAN PRA SEKOLAH/TAHAP 1 : BACA DAN TULIS (SET 1)

209

Latihan ini disediakan oleh guru yang berpengalaman untuk pelajar pra sekolah/tahap 1. Latihan ini dibuat dengan teliti dan menitikberatkan kemampuan pelajar dalam menyelesaikan latihan yang diberi. Selain dari mempunyai soalan yang mudah, ia juga menarik dan sangat senang difahami oleh pelajar sesuai dengan kategori umur.

Pendidikan awal kanak-kanak bukanlah sesuatu yang mudah, mengajar dan mendidik kanak-kanak seawal usia 4 tahun untuk mengenal huruf, objek, mengira, mengeja dan membaca adalah sesuatu yang sangat mencabar. Mereka ibarat sebuah kanvas putih yang menanti para pendidik melakar, mencorakkan dan mewarnakan mereka sebaik mungkin.

Sebenarnya, pendidikan awal ini tidak perlu menanti kanak-kanak telah masuk ke alam pra sekolah, dari rumah juga sudah boleh dimulakan oleh para ibu bapa. Ada pelbagai koleksi buku untuk dijadikan bahan pelajaran dan rujukan bagi memudahkan proses pembelajaran di rumah. Paling kurang pun, mereka diajar perkara-perkara asas seperti mengenal pasti objek, mengenal pasti huruf dan angka.

Latihan ini terdiri daripada 17 muka surat yang termasuk latihan dan gambarajah. Selain dari menyiapkan latihan yang diberikan, pelajar juga boleh mewarnakan gambarajah yang terdapat di dalam modul ini.

Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.

 

MUAT TURUN SEKARANG :

  • Baca Dan Tulis