Latihan Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 12&13

Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 12&13

214

Latihan Prasekolah Muka Surat 12&13

Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 12&13. Mengajar kanak-kanak prasekolah adalah sesuatu yang mencabar bagi guru-guru. Tetapi dengan persiapan yang rapi dan teratur, ianya pasti akan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran para guru.

Selain daripada tugas para guru, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting untuk mengajar kanak-kanak prasekolah. Pembelajaran bagi kanak-kanak di rumah sedikit sebanyak merangkumi skop pembelajaran yang diperlukan di sekolah. Antaranya ialah, kemahiran hidup, rutin harian dan juga asas akademik.

Permainan yang melibatkan aktiviti penerokaan adalah antara aktiviti yang penting untuk dijalankan di rumah. Ibu bapa menjadi punca bagi kanak-kanak meminati pembelajaran dan menimbulkan perasaan teruja untuk ke sekolah.

Dapatkan “Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 12&13” di sini


Di sini, kami kongsikan latihan prasekolah untuk kegunaan ibu bapa dan guru-guru. Latihan ini boleh dicetak untuk diberikan sebagai latihan di rumah semasa musim cuti persekolahan yang membolehkan kanak-kanak melakukan aktiviti selain daripada melibatkan gajet sahaja.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Latihan Prasekolah- Aktiviti Pagar Sesat 12&13

Merujuk kepada latihan di atas, ibu bapa dan guru juga boleh menggunakan konsep aktiviti pagar sesat dalam proses mengajar kanak-kanak. Perkara ini boleh dilaksanakan melalui cara mengimplikasikan konsep pagar sesat di dalam rumah atau di sekolah.

Mengajar Prasekolah di Rumah

  • Mengajar kanak-kanak untuk menyebut huruf dengan jelas
  • Membaca buku dengan suara yang jelas kepada kanak-kanak
  • Melukis dan menulis bentuk serta tulisan bersama-sama
  • Mengajar menulis nama kanak-kanak
  • Melakukan aktiviti melabel lukisan
  • Menceritakan sesuatu kisah melalui sesuatu lukisan
  • Menyusun objek mengikut bentuk atau warna
  • Mengenalpasti nombor asas
  • Mengenalpasti reaksi muka dan emosi

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini akan membantu perkembangan pembelajaran kanak-kanak walaupun berada di rumah bagi musim cuti persekolahan. Ibu bapa hendaklah peka dan bijak untuk menyusun kaedah pembelajaran yang sesuai di rumah dan memastikan kanak-kanak tidak hanya memenuhi masa lapang dengan permainan video.

Diharapkan agar perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada para ibu bapa yang sedang mencari-cari latihan tambahan untuk anak-anak semasa cuti persekolahan.

Sebelum ini, kami juga ada menyediakan latihan untuk kanak-kanak prasekolah. Antaranya ialah:

  • Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 1-3
  • Praktis bagi murid Prasekolah Muka Surat 4&5 
  • Aktiviti Pagar Sesat bagi murid Prasekolah Muka Surat 6&7
  • Latihan Prasekolah: Pagar Sesat Muka Surat 8&9
  • Praktis Pagar Sesat Prasekolah Muka Surat 10&11

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan bagi murid sekolah serta informasi terkini.