Latihan Latihan Sains Tahun 1= Unit: Deria Manusia, Muka Surat 15&16

Latihan Sains Tahun 1= Unit: Deria Manusia, Muka Surat 15&16

388

 

latihan sains tahun 1 deria ms 16&17

Latihan Sains Tahun 1 = Unit: Deria Manusia, Muka Surat 15&16. Mata pelajaran Sains ini memberikan kemahiran proses sains seperti kemahiran memerhati dalam mengumpulkan dengan menggunakan deria yang sesuai. Kemahiran berkomunikasi seperti cara menyampaikan maklumat kepada orang lain seperi lisan, lakaran dan tulisan.

Kemahiran manipulatif adalah seperti menggunakan alatan dan bahan sains dengan betul, mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat, melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan betul, membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul serta menyimpan bahan dan peralatan sains dengan betul dan selamat.

Tanggungjawab Ibu Bapa dalam Membantu Kecemerlangan Anak-anak

Kejayaan anak-anak adalah sesuatu yang sering diharapkan oleh ibu bapa tetapi pada masa yang sama, ibu bapa juga perlu membimbing dan memberikan sokongan yang mencukupi bagi memastikan anak-anak cemerlang dalam pendidikan.

  1. Menyediakan tempat belajar yang kondusif kerana dengan mendapatkan tempat yang selesa, kanak-kanak dapat memberikan perhatian yang lebih lagi dalam pelajaran.
  2. Berikan dorongan dan tunjuk ajar kepada anak-anak walaupun masih kecil lagi. Ibu bapa perlu memberikan tunjuk ajar sekiranya terdapat mata pelajaran yang tidak difahami oleh anak-anak.
  3. Ibu bapa juga perlu mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya. Rakan sebaya mempunyai peranan yang besar dalam mempengaruhi mereka dalam kehidupan harian mereka.
  4. Meluangkan masa bersama anak-anak dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak-anak dan dapat memberikan nasihat kepada meeka. Selain daripada mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan anak-anak, ia adalah salah satu peranan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan anak-anak.

Dapatkan “Latihan Sains Tahun 1 = Unit: Deria Manusia, Muka Surat 15&16” di sini


Bahan ini boleh dicetak dan dijadikan sebagai bahan pendidikan di dalam kelas atau sebagai latihan di rumah.

SAINS TAHUN 1, UNIT 4 MANUSIA, MUKA SURAT 15

SAINS TAHUN 1, UNIT 4 MANUSIA, MUKA SURAT 16

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : LATIHAN SAINS TAHUN 1 UNIT DERIA MANUSIA MS 15 DAN 16

Diharapkan agar perkongsian berkenaan dengan Latihan Sains Tahun 1 Unit Deria Manusia ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam membekalkan bahan pendidikan yang dapat menambahkan kemahiran manipulatif dan kemahiran sains.

Selain itu, kami juga pernah berkongsi berkenaan dengan bahan pendidikan yang lain seperti:

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan lebih banyak bahan-bahan pendidikan yang bermanfaat kepada para guru dan ibu bapa.