Lembaran Kerja Hari Kemerdekaan untuk Murid Prasekolah. Bahan ini mempunyai aktiviti mewarna, melabel dan menulis mengenai bendera negara, rukun negara dan sebagainya.
Di dalam bahan ini juga memperkenalkan negeri-negeri, bangunan bersejarah dan pelbagai lagi perkara yang penting dalam negara. Selain daripada menjadi bahan mengajar sewaktu sesi Pengajaran dan Pembelajaran, ia juga boleh dilakukan ketika waktu lapang bersama ibu bapa.
Pada masa yang sama, ibu bapa perlulah bercerita mengenai kisah-kisah kebanggaan Malaysia seperti pencapaian atlet negara di dalam sukan antarabangsa, kisah prajurit yang mempertahankan negara dan sebagainya.
Dapatkan “Lembaran Kerja Hari Kemerdekaan untuk Murid Prasekolah” di sini
Di sini kami kongsikan bahan pendidikan bersempena Hari Kemerdekaan yang bakal tiba. Para guru dan ibu bapa digalakkan untuk menggunakan bahan ini sebagai latihan atau aktiviti yang boleh dilakukan oleh anak-anak ketika waktu lapang. Sumber bahan adalah daripada telegram Brainy Smart NUR.
Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Lembaran Kerja Hari Kemerdekaan
Selain daripada memupuk semangat kenegaraan dalam diri kanak-kanak di awal usia, mereka juga dapat mengenali dengan lebih mendalam mengenai bunga kebangsaan, makna setiap warna yang terdapat di dalam bendera negara dan sebagainya.
Penutup
Diharapkan agar perkongsian mengenai Lembaran Kerja Hari Kemerdekaan untuk Murid Prasekolah ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan bertemakan Hari Kebangsaan negara. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat membantu memupuk semangat patriotisme dalam diri anak-anak.
Di dalam perkongsian yang lepas, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang menarik untuk murid prasekolah. Antaranya ialah:
- Lembaran Latihan Prasekolah Sesuai untuk Kanak-kanak 6 Tahun
- Modul Asas Lengkap Kenali Huruf Jawi (Huruf di Awal, Tengah dan Akhir)
- Lembaran Aktiviti Menarik untuk Kanak-kanak (Lukisan Simetri & Topeng Muka)
- Kenali Huruf Melalui Aktiviti Mewarna dan Menggunting
Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan samada untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Di dalam laman web ini juga menyediakan informasi terkini seperti isu pendidikan, bantuan pelajaran dan pelbagai lagi informasi terkini yang bermanfaat kepada para guru, ibu bapa dan orang ramai.