Latihan Lembaran Kerja Huruf Awalan (U hingga Z)

Lembaran Kerja Huruf Awalan (U hingga Z)

352

lembaran kerja huruf awalan

Lembaran Kerja Huruf Awalan (U hingga Z) ini boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar kepada murid prasekolah dan tahun 1 oleh para guru.

Terdapat pelbagai cara dan kaedah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dalam mengajar anak-anak membaca. Antaranya adalah dengan memberikan latihan mengenai huruf awalan seperti yang dikongsikan ini. Di dalam latihan ini, mereka boleh belajar untuk mengeja satu persatu bagi sesuatu perkataan kerana perkataan yang disediakan di dalam latihan ini adalah ringkas dan mudah untuk di sebut.

Kaedah lain yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dalam mengajar anak untuk membaca ialah:

  1. Ibu bapa perlulah mula menanamkan minat membaca dalam diri anak-anak seawal usia bayi walaupun pada usia ini, mereka tidak dapat membunyikan mana-mana huruf. Tetapi, mereka masih dapat memahami konsep membaca.
  2. Ibu bapa juga digalakkan untuk kerap membacakan bahan bacaan ringkas kepada anak-anak bagi mengajarkan mereka mengenai cara pembacaan dan intonasi sesuatu perkataan disebutkan.
  3. Ketika anak-anak sudah berumur 3 tahun, gunakan perkataan yang mengajarkan mengikut suku kata dalam bacaan. Lakukan aktiviti ini sekurang-kurangnya 20 minit sehari dan tambahkan masa apabila usia meningkat.
  4. Bagi menggalakkan anak-anak untuk membaca, ibu bapa juga perlu menjadi contoh kepada mereka. Apabila anak-anak melihat ibu bapa sering membaca, mereka juga akan mencontohi perlakuan tersebut.

Dapatkan “Lembaran Kerja Huruf Awalan (U hingga Z)” di sini


Di sini kami kongsikan bahan yang boleh digunakan oleh para guru sebagai bahan bantu mengajar murid prasekolah dan tahun 1 mengenai pengenalan huruf bagi sesuatu perkataan. Ibu bapa juga boleh menggunakan bahan ini sebagai aktiviti tambahan ketika waktu lapang semasa di rumah.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Lembaran Kerja Huruf Awalan (U hingga Z)

Diharapkan agar perkongsian mengenai Lembaran Kerja Huruf Awalan (U hingga Z) ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pembelajaran yang berkualiti kepada anak-anak. Pada masa yang sama, kami juga berharap agar bahan ini dapat membantu murid-murid dalam proses membaca mereka.

Di dalam perkongsian yang lepas, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan. Antaranya ialah:

Untuk mendapatkan informasi terkini mengenai isu semasa dan pelbagai lagi bahan pendidikan yang bermanfaat, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.