Latihan Lembaran Kerja Membaca Jam untuk Murid Prasekolah

Lembaran Kerja Membaca Jam untuk Murid Prasekolah

1183

lembaran kerja membaca jam untuk prasekolah

Lembaran Kerja Membaca Jam untuk Murid Prasekolah. Bahan ini adalah bagi membantu dan membimbing kanak-kanak unruk membaca jam dengan betul.

Sesetengah kanak-kanak prasekolah masih belum mahir dalam membaca jam dengan betul, jadi bahan yang dikongsikan ini adalah bagi memudahkan mereka untuk melakukan latihan dalam membaca jam. Selain daripada membaca jam, kanak-kanak prasekolah turut perlulah didedahkan dengan cara penggunaan abakus, hidupan dan tanaman dan sebagainya.

Pada peringkat ini, mereka perlulah meneroka pelbagai aspek kehidupan terutamanya yang berkait rapat dengan kehidupan seharian. Perkara ini adala bagi memberikan pengalaman serta pendedahan ilmu berkenaan dunia realiti. Misalnya jika kanak-kanak diajar mengenai tanam-tanaman, mereka akan lebih menghargai hidupan di sekeliling dengan menjaga alam sekitar daripada sebarang pencemaran.

Dapatkan “Lembaran Kerja Membaca Jam untuk Murid Prasekolah” di sini


Di sini kami sediakan bahan yang boleh digunakan oleh para guru dan ibu bapa dalam membantu kanak-kanak membaca dan mengenali waktu pada jam. Bahan ini juga boleh dijadikan sebagai aktiviti tambahan yang boleh dilakukan bersama-sama dengan ibu bapa di rumah.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : LEMBARAN MEMBACA JAM

Kesimpulannya, salah satu cara bagi seseorang pelajar mahir dalam sesuatu topik adalah dengan melakukan latihan dengan kerap. Hal ini adalah sama dengan seorang murid prasekolah yang ingin belajar membaca, menulis perlulah melakukan latihan dengan kerap pada setiap hari.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Lembaran Kerja Membaca Jam untuk Murid Prasekolah ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang bermanfaat kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan juga agar bahan ini dapat membantu kanak-kanak memahami dan membaca jam dengan betul.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa bahan bantu mengajar yang menarik untuk murid prasekolah. Antaranya ialah:

Bagi mendapatkan informasi terkini mengenai isu-isu semasa dan lebih banyak lagi bahan pendidikan yang boelh digunakan oleh para guru, ibu bapa dan murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.