Pra Sekolah Lembaran Kerja Menarik untuk Prasekolah: Nombor dan Pengiraaan

Lembaran Kerja Menarik untuk Prasekolah: Nombor dan Pengiraaan

660

latihan kerja menarik prasekolah

Lembaran Kerja Menarik untuk Prasekolah: Nombor dan Pengiraaan. Lembaran ini juga sesuai untuk diberikan kepada murid sekolah rendah pada tahap 1 serta murid pemulihan.

Mengenali nombor dan beberapa pengiraan asas merupakan salah satu elemen di dalam Asas Matematik. Latihan yang disediakan juga melibatkan latihan penulisan dan pemahaman. Ia dapat mendidik murid prasekolah untuk memahami operasi matematik jika diaplikasikan di dalam kehidupan seharian.

Matematik merupakan perkara yang sering digunakan di dalam urusan harian. Antaranya adalah seperti membaca waktu pada jam, tambah dan tolak dalam wang dan sebagainya. Jika seseorang dapat menguasai Matematik di awal usia, ia akan dapat memudahkan seseorang untuk mendalami mata pelajaran Matematik dengan lebih mudah lagi.

Dapatkan “Lembaran Kerja Menarik untuk Prasekolah: Nombor dan Pengiraaan” di sini


Di sini kami sediakan lembaran kerja yang sesuai untuk murid prasekolah. Lembaran kerja ini mempunyai koleksi latihan berkenaan dengan pengenalan nombor dan asas pengiraan dalam matematik. Lembaran kerja ini juga menggunakan elemen kartun dan arahannya juga adalah di dalam bahasa inggeris namun mudah untuk difahami.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Lembaran Kerja Nombor dan Pengiraan

Lembaran kerja ini perlulah dilakukan bersama dengan ibu bapa agar mudah untuk anak-anak menyiapkan setiap latihan. Selain daripada menjadi latihan, ia juga boleh dijadikan sebagai bahan latihan tambahan untuk anak-anak lakukan semasa cuti sekolah.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Lembaran Kerja Menarik untuk Prasekolah: Nombor dan Pengiraaan ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat membantu murid prasekolah menguasai asas Matematik dengan lebih mudah.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang boleh digunakan oleh murid prasekolah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan sama ada untuk murid prasekolah, sekolah rendah atau sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Kami juga ada berkongsi informasi terkini berkenaan dengan pendidikan, bantuan kerajaan dan pelbagai lagi.