Pra Sekolah Latihan Bahasa Arab Prasekolah: Kenali Nombor

Latihan Bahasa Arab Prasekolah: Kenali Nombor

923

latihan bahasa arab prasekolah: kenali nombor

Latihan Bahasa Arab Prasekolah: Kenali Nombor. Latihan ini juga sesuai untuk diberikan kepada murid pada tahap 1 sebagai latihan tambahan untuk mengukuhkan kefahaman mereka dalam Bahasa Arab.

Bahasa Arab merupakan salah satu bahasa yang digemari oleh para ibu bapa selain daripada mendidik anak-anak mereka dengan Bahasa Inggeris. Kedua-dua bahasa adalah sesuai untuk diperkenalkan kepada anak-anak di awal usia.

Antara kaedah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa adalah dengan:

  1. Mula membacakan buku cerita yang sesuai kepada anak-anak seawal usia mereka mencecah 1 tahun. Lalu, ibu bapa boleh mengubah buku cerita tersebut dengan buku cerita yang lebih panjang mengikut kesesuaian umur mereka.
  2. Didik anak-anak dengan mencintai Bahasa Arab. Sering gunakan Bahasa Arab dalam kehidupan seharian seperti berbual dengan menggunakan perkataan yang mudah dan sebagainya.

Dapatkan “Latihan Bahasa Arab Prasekolah: Kenali Nombor” di sini


Di sini kami sediakan latihan Bahasa Arab yang sesuai untuk digunakan oleh ibu bapa serta para guru kepada murid prasekolah serta murid pada tahap 1. Latihan Bahasa Arab yang disediakan pada kali ini menyediakan latihan mewarna nombor dan latihan berkenaan dengan aktiviti memadankan bilangan objek dengan nombor yang betul.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Latihan Bahasa Arab Tahun 1

Mempelajari Bahasa Arab adalah sama seperti belajar Bahasa Inggeris di awal usia. Ia memerlukan bimbingan daripada kedua ibu bapa serta guru-guru. Ibu bapa perlulah memainkan peranan yang penting di awal usia mereka. Bahan pendidikan yang berkualiti juga merupakan salah satu faktor utama bagi menggalakkan mereka untuk minat akan sesuatu bahasa.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Latihan Bahasa Arab Prasekolah: Kenali Nombor ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat membantu murid menguasai Bahasa Arab dengan lebih baik.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang boleh digunakan oleh murid sekolah rendah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan sama ada untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Kami juga ada menyediakan informasi berkenaan dengan bantuan kerajaan, bantuan pendidikan dan lebih banyak lagi informasi berguna untuk orang ramai.