Pra Sekolah Mari Belajar Bina Ayat Bahasa Inggeris (Prasekolah)

Mari Belajar Bina Ayat Bahasa Inggeris (Prasekolah)

990

mari belajar bina ayat bahasa inggeris

Mari Belajar Bina Ayat Bahasa Inggeris (Prasekolah). Latihan bina ayat sesuai untuk melatih murid menyusun ayat dalam Bahasa Inggeris dengan lebih sempurna.

Ia boleh dijadikan sebagai satu panduan kepada murid ketika hendak menghasilkan sesuatu ayat yang mudah untuk difahami. Guru juga boleh memberikan latihan ini kepada murid di dalam aliran pemulihan sebagai latihan tambahan.

Pembinaan ayat yang sempurna dalam Bahasa Inggeris menyentuh aspek tatabahasa sama seperti pembinaan ayat dalam Bahasa Melayu. Oleh itu, murid perlulah menguasai asas tatabahasa Bahasa Inggeris dengan lebih baik untuk mendapatkan pembinaan ayat Bahasa Inggeris.

Antara kaedah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mampu membina ayat dengan sempurna adalah:

  1. Menerangkan secara ringkas berkenaan dengan struktur ayat yang sempurna. Misalnya, ayat perlulah bermula dengan subjek dan diikuti dengan objek.
  2. Menggalakkan anak-anak untuk membaca kerana melalui pembacaan, mereka dapat mengenalpasti struktur ayat yang digunakan.
  3. Elakkan anak-anak daripada belajar menyusun ayat melalui lirik lagu. Hal ini kerana, lirik lagu tidak menggunakan struktur tatabahasa yang betul.

Dapatkan “Mari Belajar Bina Ayat Bahasa Inggeris (Prasekolah)” di sini


Di sini kami sediakan latihan berkenaan dengan pembinaan ayat dalam Bahasa Inggeris yang sesuai digunakan oleh murid prasekolah. Latihan ini juga boleh diberikan dan digunakan oleh murid sekolah rendah sebagai latihan tambahan.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Latihan Bina Ayat Bahasa Inggeris

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Mari Belajar Bina Ayat Bahasa Inggeris (Prasekolah) ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat membantu murid menguasai pembinaan ayat dengan lebih mudah.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang boleh digunakan oleh murid sekolah rendah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan sama ada untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Kami juga ada kongsikan informasi berkenaan dengan bantuan kerajaan dan sebagainya.