Latihan Matematik Operasi Tambah: Kira, Gunting dan Tampal. Operasi asas Matematik adalah seperti operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.
Selain daripada murid prasekolah, ia juga boleh diberikan kepada murid sekolah rendah pada tahap 1 dan aliran pemulihan. Para guru boleh menggunakan latihan ini sebagai bahan bantu mengajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran atau sebagai latihan tambahan.
Latihan seperti yang disediakan di bawah bukan sahaja dapat membantu murid memahami konsep operasi tambah dengan lebih baik. Malah, ia mampu meningkatkan beberapa kemahiran motor halus kanak-kanak.
Semasa murid menggunting kotak nombor, ia dapat membantu meningkatkan kemahiran tumpuan kanak-kanak. Hal ini adalah kerana, mereka perlu memberikan perhatian penuh semasa menggunting kotak nombor agar mendapat hasil yang baik.
Namun, ibu bapa perlulah mengawasi anak-anak melakukan aktiviti ini kerana ia melibatkan penggunaan alatan tajam. Selain itu, aktiviti menampal juga membantu kemahiran yang sama. Hal ini kerana mereka perlu memastikan nombor yang ditampal adalah betul dan tidak berada di kotak nombor yang lain.
Dapatkan “Latihan Matematik Operasi Tambah: Kira, Gunting dan Tampal” di sini
Di sini kami sediakan latihan matematik yang menarik untuk digunakan oleh para guru dan ibu bapa sebagai bahan pendidikan anak murid. Selain daripada dapat menjawab soalan matematik, murid prasekolah juga dapat melakukan aktiviti menampal dan menggunting.
Sumber bahan adalah daripada telegram Brainy Smart NUR.
Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Latihan Kira, Gunting & Tampal (Operasi Tambah)
Penutup
Diharapkan agar perkongsian mengenai Latihan Matematik Operasi Tambah: Kira, Gunting dan Tampal ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang berkualiti kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat membantu murid prasekolah untuk kuasai matematik dengan lebih baik.
Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang boleh diberikan kepada murid prasekolah dan sekolah rendah. Antaranya ialah:
- Lembaran Kerja Menarik untuk Prasekolah: Nombor dan Pengiraaan
- Latihan Bahasa Arab Prasekolah: Kenali Nombor
- Mari Belajar Bina Ayat Bahasa Inggeris (Prasekolah)
Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan sama ada prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Kami juga ada berkongsi beberapa informasi berguna seperti bantuan kerajaan dan sebagainya.