Nota Lembaran Pemahaman Bahasa Inggeris Sekolah Rendah

Lembaran Pemahaman Bahasa Inggeris Sekolah Rendah

564

lembaran pemahaman bahasa inggeris sekolah rendah

Lembaran Pemahaman Bahasa Inggeris Sekolah Rendah. Latihan ini sesuai untuk murid sekolah rendah di tahap 2 dan 3.

Apabila mempelajari Bahasa Inggeris, murid perlulah memberikan perhatian kepada penggunaan tatabahasa yang betul, struktur pembinaan ayat serta pemahaman (comprehension).

Pemahaman (Comprehension) merupakan salah satu komponen di dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris yang memerlukan murid untuk memahami dan menghuraikan sesuatu perenggan. Antara kaedah yang boleh dilakukan oleh murid untuk menguasai aspek pemahaman Bahasa Inggeris adalah:

  1. Membaca buku Bahasa Inggeris dengan kerap dan huraikan setiap perenggan. Perkara ini dapat membantu murid untuk lebih fokus tentang isi yang ditulis.
  2. Perbanyakkan kosa kata. Salah satu cara memahami Bahasa Inggeris adalah dengan adanya kosa kata yang luas. Catat setiap perkataan baharu dalam Bahasa Inggeris berserta makna dan contoh perkataan dalam ayat.
  3. Perbanyakkan melakukan latihan pemahaman. Dengan melakukan latihan dengan kerap, murid akan dapat menguasai struktur sesuatu ayat Bahasa Inggeris serta mudah untuk mengenalpasti kandungan ayat.

Dapatkan “Lembaran Pemahaman Bahasa Inggeris Sekolah Rendah” di sini


Di sini kami sediakan lembaran latihan pemahaman mata pelajaran Bahasa Inggeris. Ia boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar kepada murid sekolah rendah atau sebagai latihan tambahan kepada murid-murid. Sumber bahan adalah daripada telegram Cikgu Share.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download :

Ibu bapa dan guru haruslah membimbing anak-anak jika mereka tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris seperti murid yang lain. Terdapat pelbagai bahan pendidikan yang boleh diakses dengan mudah secara atas talian yang boleh digunakan oleh guru dan ibu bapa.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Lembaran Pemahaman Bahasa Inggeris Sekolah Rendah ini dapat membantu para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang bermanfaat kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat membantu murid mengukuhkan lagi pemahaman bahasa inggeris.

Di dalam perkongsian yang lepas, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan seperti:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan sama ada untuk murid prasekolah, sekolah rendah mahupun sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Pada masa yang sama, kami juga ada berkongsi informasi terkini seperti bantuan kerajaan dan sebagainya.