Kertas Lukisan Lembaran Kerja Menulis dan Mewarna Prasekolah, Tema: Serangga

Lembaran Kerja Menulis dan Mewarna Prasekolah, Tema: Serangga

838

lembaran kerja menulis dan mewarna prasekolah

Lembaran Kerja Menulis dan Mewarna Prasekolah, Tema: Serangga. Lembaran kerja ini sesuai untuk diberikan kepada murid prasekolah dan sekolah rendah sebagai aktiviti tambahan mereka.

Aktiviti Menulis yang disediakan di dalam lembaran kerja ini mampu menguatkan otot-otot kecil bagi menyokong pergerakan jari dan pergerlangan tangan kanak-kanak. Kemahiran motor halus yang berperanan untuk membantu kanak-kanak menguatkan pergerakan otot kecil mereka ini boleh dilakukan dengan aktiviti menulis, mewarna dan sebagainya.

Selain daripada mampu merangsang kreativiti kanak-kanak, aktiviti mewarna juga mampu meningkatkan kemahiran untuk fokus kanak-kanak. Hal ini adalah kerana dengan mewarna, mereka akan menumpukan perhatian dalam memastikan warna mereka tidak terkeluar daripada garisan lukisan yang diwarnakan.

Dapatkan “Lembaran Kerja Menulis dan Mewarna Prasekolah, Tema: Serangga” di sini


Di sini kami sediakan lembaran kerja yang dapat digunakan oleh para guru sebagai bahan bantu mengajar kepada murid prasekolah. Ibu bapa juga boleh menggunakan bahan ini sebagai aktiviti tambahan di waktu lapang semasa di rumah. Aktiviti mewarna boleh dilakukan bersama-sama dengan anak-anak sebagai masa untuk merapatakan hubungan kekeluargaan.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Lembaran Kerja -Tema serangga

Kesimpulannya, bahan ini juga boleh dijadikan sebagai aktiviti yang boleh dilakukan ketika waktu lapang bersama dengan ibu bapa. Aktiviti mewarna dan menulis boleh memberikan manfaat kepada perkembangan kanak-kanak daripada segi merangsang kreativiti dan meningkatkan kemahiran motor halus mereka.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Lembaran Kerja Menulis dan Mewarna Prasekolah, Tema: Serangga ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang dapat membantu perkembangan awal murid dan anak-anak walaupun semasa berada di rumah. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat menarik minat kanak-kanak untuk mewarna bersama-sama dengan ibu bapa.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang bermanfaat untuk murid prasekolah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan yang boleh digunakan oleh murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Di dalam laman web ini juga, terdapat informasi terkini mengenai isu-isu semasa, bantuan kerajaan dan banyak lagi informasi yang berguna untuk orang ramai.