Modul Modul PDPR Bahasa Melayu Prasekolah: Kebersihan Diri

Modul PDPR Bahasa Melayu Prasekolah: Kebersihan Diri

780

modul pdpr bahasa melayu prasekolah: kebersihan diri

Modul PDPR Bahasa Melayu Prasekolah: Kebersihan Diri. Modul ini sesuai untuk dijadikan sebagai bahan bantu mengajar ketika perlaksanaan PDPR bersama kanak-kanak prasekolah.

Modul ini mengajarkan kanak-kanak mengenai cara menjaga kebersihan diri dan kepentingan kebersihan kepada diri. Melalui gambar dan susunan perkataan yang diberikan di dalam modul ini, mereka akan memahami keperluan dalam menjaga kebersihan. Pada masa yang sama, modul ini juga mengajar murid dalam menyusun perkataan.

Selain daripada itu, ia juga mengajarkan murid untuk membentuk sebuah ayat berkaitan dengan gambar yang diberikan. Kemahiran menulis dan membina ayat dapat dibina semasa murid menggunakan bahan ini.

Dapatkan “Modul PDPR Bahasa Melayu Prasekolah: Kebersihan Diri ” di sini


Di sini kami sediakan bahan yang dapat digunakan oleh para guru sebagai bahan PDPR dengan murid prasekolah. Ibu bapa juga boleh menggunakan bahan ini sebagai aktiviti tambahan kepada anak-anak semasa di rumah.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Kebersihan Diri

Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara bagi membekalkan anak-anak dengan bahan pendidikan secara atas talian pada masa kini. Ibu bapa perlulah memainkan peranan dalam memastikan anak-anak mendapatkan pendidikan yang sempurna walaupun di tempoh perlaksaaan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berlaku di negara ketika ini.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Modul PDPR Bahasa Melayu Prasekolah: Kebersihan Diri ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam membekalkan bahan pendidikan PDPR kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan juga agar modul ini dapat membantu murid dalam mendapatkan pendidikan yang mencukupi walaupun tidak ke sekolah seperti biasa.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa modul pendidikan yang boleh diberikan kepada murid prasekolah sebagai bahan bantu mengajar. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan yang boleh diberikan kepada murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Di dalam laman web ini juga terdapat informasi terkini mengenai isu-isu semasa, bantuan kerajaan dan pelbagai lagi informasi yang bermanfaat untuk orang ramai.