Lembaran Kerja Pengenalan Kepada Sains (Awal 5 & 6 Tahun).
Lembaran kerja ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai mata pelajaran. Pada masa yang sama, ia dapat membantu memupuk minat mereka untuk mendalami mata pelajaran ini.
Sains adalah salah satu mata pelajaran yang sangat rapat dengan persekitaran. Oleh itu, ia merupakan mata pelajaran yang mudah untuk difahami jika dihayati sejak awal. Antara aktiviti yang boleh memupuk minat kanak-kanak untuk pelajari Sains lebih mendalam adalah:
- Melakukan aktiviti menanam pokok bersama-sama untuk melihat perkembangan pokok yang ditumbuh.
- Memelihara haiwan peliharaan
- Membaca buku sains kanak-kanak mengikut topik (struktur badan manusia, haiwan dan sebagainya
- Mengaitkan kejadian alam dengan sains dengan penerangan yang mudah difahami
- Menonton dokumentari yang bersesuaian dengan peringkat umur bersama anak-anak.
Setiap perkara yang dilakukan di atas perlulah bersama-sama pengawasan ibu bapa dan penjaga untuk keselamatan.
Jika kanak-kanak mendalami Sains dari sejak kecil, mereka akan lebih mudah dan lebih memahami untuk belajar Sains dengan lebih mendalam di peringkat lain.
Dapatkan “Lembaran Kerja Pengenalan Kepada Sains (Awal 5 & 6 Tahun)” di sini
Di sini kami kongsikan latihan yang sesuai diberikan kepada kanak-kanak 5 sehingga 6 tahun untuk mengenali mata pelajaran Sains. Latihan di bawah juga sesuai untuk diberikan kepada murid tahun 1. Sumber bahan adalah daripada Telegram Bahan Pendidikan Anak-anak.
Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Sains Awal 5&6 Tahun
Penutup
Diharapkan agar perkongsian mengenai Lembaran Kerja Pengenalan Kepada Sains (Awal 5 & 6 Tahun) ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam memberikan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat membantu kanak-kanak mendapat pendedahan awal berkenaan dengan sains.
Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang sesuai untuk diberikan kepada murid tahun 1. Antaranya ialah:
- Koleksi Cerita Pendek Bahasa Inggeris Untuk Sekolah Rendah
- Buku Teka Teki Bahasa Inggeris Sesuai untuk Murid Sekolah
- Aktiviti Kad Lipat Suku Kata KVKVKV untuk Murid Prasekolah
Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan sama ada untuk murid prasekolah, sekolah rendah mahupun sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Pada masa yang sama, kami ada berkongsi informasi terkini mengenai bantuan kerajaan dan sebagainya.