Perkongsian kali ini, admin lampirkan lembaran kerja untuk kanak-kanak pra sekolah yang berusia lima hingga enam tahun. Lembaran kerja ini sangat mudah dan menarik serta sesuai dilakukan ketika bersama guru atau ketika musim cuti sekolah sebagai latih tubi di rumah.
Dalam lembaran kerja ini bukan sahaja terdapat latihan yang mudah untuk dilakukan tetapi juga ada aktiviti menarik seperti melakar, mewarna dan kolaj.
Pendidikan awal kanak-kanak bukanlah sesuatu yang mudah, mengajar dan mendidik kanak-kanak seawal usia 4 tahun untuk mengenal huruf, objek, mengira, mengeja dan membaca adalah sesuatu yang sangat mencabar. Mereka ibarat sebuah kanvas putih yang menanti para pendidik melakar, mencorakkan dan mewarnakan mereka sebaik mungkin.
Sebenarnya, pendidikan awal ini tidak perlu menanti kanak-kanak telah masuk ke alam pra sekolah, dari rumah juga sudah boleh dimulakan oleh para ibu bapa. Ada pelbagai koleksi buku untuk dijadikan bahan pelajaran dan rujukan bagi memudahkan proses pembelajaran di rumah. Paling kurang pun, mereka diajar perkara-perkara asas seperti mengenal pasti objek, mengenal pasti huruf dan angka.
Semoga dengan perkongsian LEMBARAN KERJA PRASEKOLAH (MAKANAN TRADISIONAL MALAYSIA) dapat memudahkan proses para guru memberi tunjuk ajar kepada anak murid serta dapat membantu murid memahami dengan lebih pantas dan senang sesuatu topik yang dipelajari. Ikut kami di T.me/sistemguruonline untuk koleksi bahan bantu mengajar yang terkini. Terima kasih
MUAT TURUN LEMBARAN KERJA PRASEKOLAH (MAKANAN TRADISIONAL MALAYSIA) :