Pra Sekolah Lembaran Kerja Prasekolah Mengenali Bentuk Melalui Pelbagai Aktiviti

Lembaran Kerja Prasekolah Mengenali Bentuk Melalui Pelbagai Aktiviti

545

lembaran kerja prasekolah mengenali bentuk melalui pelbagai aktiviti

Lembaran Kerja Prasekolah Mengenali Bentuk Melalui Pelbagai Aktiviti. Di dalam lembaran kerja ini terdapat pelbagai jenis aktiviti seperti menggunting, menampal, menyurih dan sebagainya.

Penggunaan aktiviti yang pelbagai mampu menarik perhatian kanak-kanak untuk melakukan kerja sekolah. Aktiviti yang dipilih perlulah bersesuaia dengan perkembangan mereka. Misalnya seperti aktiviti mewarna, menyurih dan bermain playdoh.

Aktiviti seperti mewarna dapat membantu merangsang kreativiti kanak-kanak dengan meningkatkan tahap imaginasi mereka melalui campuran warna. Selain itu, aktiviti menyurih juga dapat membantu dalam meningkatkan tahap fokus kanak-kanak.

Aktiviti bermain playdoh dapat membantu dalam merangsang pergerakan motor halus seperti jari, pergelangan tangan. Ia membenarkan kanak-kanak untuk menguatkan kemahiran menggenggam serta tahap imaginasi mereka. Pada masa yang sama, permainan playdoh membenarkan mereka untuk mencipta sesuatu objek mengikut kreativiti sendiri.

Dapatkan “Lembaran Kerja Prasekolah Mengenali Bentuk Melalui Pelbagai Aktiviti” di sini


Di sini kami sediakan lembaran kerja untuk murid prasekolah mengenali bentuk sebagai bahan bantu mengajar mereka. Ibu bapa juga digalakkan untuk menggunakan bahan ini sebagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak di rumah. Sumber bahan adalah daripada telegram The IR Edu Channel. 

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Learn About Shapes

Ibu bapa dan guru perlulah kreatif dalam menyediakan bahan bantu mengajar untuk kanak-kanak. Di awal usia mereka, ajarkan kanak-kanak untuk menyentuh dan meneroka perkara di sekeliling seperti berkebun dan memasak. Aktiviti seperti ini dapat membantu dalam memberikan perkembangan yang baik kepada tumbesaran fizikal dan minda mereka.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Lembaran Kerja Prasekolah Mengenali Bentuk Melalui Pelbagai Aktiviti ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang berkualiti kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat membantu murid prasekolah mengenali pelbagai bentuk melalui aktiviti yang disediakan.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang boleh digunakan oleh ibu bapa dan guru sebagai aktiviti kanak-kanak prasekolah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.