Pra Sekolah E-book Kamus Bahasa Inggeris Prasekolah

E-book Kamus Bahasa Inggeris Prasekolah

617

E-book kamus bahasa inggeris prasekolah

E-book Kamus Bahasa Inggeris Prasekolah. Tujuan utama bahan ini dikongsikan adalah bagi membantu kanak-kanak untuk menambah kosa kata Bahasa Inggeris mereka melalui gambar yang mudah untuk difahami.

Perkataan-perkataan yang disediakan di dalam bahan ini adalah perkataan yang mudah untuk disebut dan sering digunakan dalam kehidupan seharian. Apabila seseorang murid mempunyai penguasaan kosa kata yang luas, mereka akan mudah untuk menulis dan berkomunikasi menggunaan Bahasa kedua negara.

Konsep ini juga dipakai jika terdapat murid yang sedang belajar bahasa lain seperti Bahasa Mandarin, Jerman dan sebagainya. Mempunyai kosa kata yang banyak, memudahkan seseorang untuk menghuraikan apa yang hendak disampaikan kepada orang lain.

Perkara lain yang perlu diambil berat ketika mempelajari Bahasa Inggeris ketika di awal usia adalah ibu bapa perlulah membantu kanak-kanak untuk menyebut sesuatu perkataan dengan betul. Perkara ini boleh diatasi dengan cara sebutan oleh ibu bapa sendiri. Oleh itu, ibu bapa perlulah menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris ketika di rumah bersama anak-anak agar mereka boleh mencontohi sebutan dari ibu bapa.

Aktiviti membaca buku kepada kanak-kanak juga merupakan salah satu cara yang boleh dilakukan untuk membantu mereka menyebut perkataan Bahasa Inggeris dengan betul. Pilih bahan bacaan yang sesuai dengan usia kanak-kanak dan bacakan menggunakan intonasi yang betul.

Dapatkan “E-book Kamus Bahasa Inggeris Prasekolah” di sini


Di sini kami sediakan kamus yang sesuai untuk digunakan oleh murid prasekolah. Guru-guru juga boleh memberikan kamus ini kepada murid sebagai nota tambahan yang boleh menambahkan kosa kata mereka. Sumber bahan adalah daripada telegram Nota Bahasa Inggeris.  

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Vocabulary For Preschool

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai E-book Kamus Bahasa Inggeris Prasekolah ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat membantu meluaskan kosa kata Bahasa Inggeris kanak-kanak.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang boleh digunakan oleh murid prasekolah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.