Cerita Kanak-kanak Rak Buku Maya Siri Bacaan Bahasa Inggeris Kanak-kanak

Rak Buku Maya Siri Bacaan Bahasa Inggeris Kanak-kanak

816

rak maya siri bacaan bahasa inggeris

Rak Buku Maya Siri Bacaan Bahasa Inggeris Kanak-kanak yang dikongsikan pada kali ini merupakan koleksi bahan bacaan secara atas talian yang disediakan dalam bentuk E-Book.

Bahan bacaan ini boleh digunakan oleh guru-guru semasa sesi pembelajaran atas talian atau secara bersemuka. Oleh kerana sesi persekolahan yang bakal dibuka tidak melibatkan kanak-kanak prasekolah, para guru boleh memberikan pautan yang dikongsikan di bawah sebagai latihan bacaan yang boleh dipantau oleh ibu bapa di rumah.

Kelebihan bahan bacaan yang disediakan secara maya ini adalah memudahkan ibu bapa untuk mengakses tanpa membawa buku. Ketika sedang bercuti, ibu bapa juga boleh membacakan buku ini sebagai rutin harian untuk anak-anak.

Aktiviti membaca yang dimulakan sejak awal usia oleh ibu bapa mampu membantu dalam penguasaan Bahasa Inggeris anak-anak dengan lebih mudah. Walaupun bayi tidak dapat memahami apa yang dibaca oleh ibu bapa, mereka mampu mendengar dan secara tidak langsung dapat membantu mendedahkan mereka berkenaan dengan intonasi dan cara sebutan sesuatu perkataan.

Ibu bapa dan guru boleh mengakses rak maya bahan bacaan Bahasa Inggeris ini melalui pautan yang disediakan di bawah:

Pautan: ENGLISH READING BOOK, BY CIKGUANR Bookcase – Flip Book| AnyFlip

Kredit kepada: Cikgu ANR

Salah satu cara dalam memupuk anak-anak untuk membaca adalah bermula dengan ibu bapa sendiri. Oleh itu, ibu bapa perlulah menjadi contoh kepada anak-anak agar mereka mencontohi perkara yang baik. Membaca juga mampu menambah kosa kata mereka agar mudah untuk berkomunikasi menggunakan bahasa inggeris.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Rak Buku Maya Siri Bacaan Bahasa Inggeris Kanak-kanak ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang berkualiti kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat membantu agar kanak-kanak tidak ketinggalan dalam pembelajaran walaupun berhadapan dengan sesi PdPr.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang boleh digunakan oleh para guru sebagai bahan bantu mengajar. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.