Pra Sekolah Lembaran Mari Berdoa Harian Prasekolah

Lembaran Mari Berdoa Harian Prasekolah

672

lembaran mari berdoa harian prasekolah

Lembaran Mari Berdoa Harian Prasekolah. Lembaran ini menyediakan doa-doa harian dalam setiap perbuatan yang sering dilakukan dalam sehari.

Ibu bapa digalakkan untuk menggunakan lembaran ini sebagai bahan mengajar anak-anak agar membiasakan diri untuk berdoa sebelum melakukan apa-apa aktiviti. Antara doa asas yang disediakan adalah seperti doa sebelum dan selepas makan, doa sebelum belajar, doa masuk tandas dan sebagainya.

Lembaran ini juga boleh menjadi salah satu latihan kepada kanak-kanak untuk mempelajari jawi dengan lebih mendalam. Ibu bapa boleh menyuruh mereka untuk mengeja satu per satu huruf di dalam doa tersebut dan cara membaca ayat yang lengkap. Galakkan untuk kanak-kanak untuk membaca makna sesuatu doa kerana ia dapat membantu mereka untuk membaca serta memahami sesuatu doa yang dibacakan.

Apabila mereka memahami doa yang dibaca, mereka akan lebih seronok kerana mampu memahami makna sesuatu perkataan bahasa arab dengan mudah berbanding dengan kanak-kanak lain. Ia merupakan salah satu cara bagi mendedahkan kepada mereka untuk mempelajari Bahasa Arab.

Dapatkan “Lembaran Mari Berdoa Kanak-kanak” di sini


Di sini kami sediakan bahan pendidikan yang dapat mengajar anak-anak berkenaan dengan doa harian. Guru-guru juga digalakkan untuk menggunakan bahan ini sebagai bahan bantu mengajar kepada murid. Sumber bahan adalah daripada Cikgu ANR.  

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Lembaran Mari Berdoa Kanak-kanak

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Lembaran Mari Berdoa Harian Prasekolah ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat memupuk amalan berdoa dalam diri kanak-kanak setiap hari.

Di dalam perkongsian yang lepas, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang boleh digunakan oleh guru prasekolah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Di dalam laman web ini juga menyediakan informasi terkini mengenai isu-isu semasa, bantuan kerajaan dan pelbagai lagi informasi bermanfaat untuk orang ramai.