Pra Sekolah Lembaran Prasekolah: Aktiviti Menggunting, Menampal dan Mencari Perbezaan

Lembaran Prasekolah: Aktiviti Menggunting, Menampal dan Mencari Perbezaan

1734

lembaran prasekolah aktiviti gunting tampal spot difference

Lembaran Prasekolah: Aktiviti Menggunting, Menampal dan Mencari Perbezaan. Aktiviti yang diberikan di dalam lembaran ini bukan sahaja memberikan manfaat daripada aspek pendidikan malah membantu tumbesaran kanak-kanak.

Aktiviti menggunting dapat membantu kanak-kanak dari aspek fokus. Melalui aktiviti ini, mereka perlu memberikan perhatian yang penuh agar tidak melakukan kesilapan semasa menggunting bahagian yang perlu. Aktiviti ini mungkin berbahaya kerana ia melibatkan penggunaan gunting, tetapi ia juga merupakan pendedahan yang penting agar mereka belajar untuk menggunakan alat tersebut dengan berhati-hati.

Aktiviti Menampal juga membantu kanak-kanak dalam menumpukan perhatian agar tidak membuat kesilapan semasa menampal agar hasil kerja adalah seperti yang dibayangkan. Pada masa yang sama ia juga mampu merangsang tahap kreativiti kanak-kanak dalam membayangkan hasil kerja mereka.

Aktiviti mencari perbezaan adalah salah satu permainan yang utama bagi membantu kanak-kanak menumpukan sepenuh perhatian bagi mencari perbezaan dalam dua gambar yang sama. Aktiviti ini juga dapat membantu tahap pemerhatian kanak-kanak terhadap perkara kecil dan lebih terperinci.

Dapatkan “Lembaran Prasekolah: Aktiviti Menggunting, Menampal dan Mencari Perbezaan” di sini


Di sini kami menyediakan bahan pendidikan yang sesuai digunakan sebagai bahan bantu mengajar kanak-kanak prasekolah sama ada oleh ibu bapa dan guru. Bahan ini adalah sesuai untuk dijadikan sebagai aktiviti permainan atau aktiviti yang semasa berada di rumah bersama ibu bapa. Sumber bahan adalah daripada telegram Guru Prasekolah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

  1. Aktiviti: Spot the difference
  2. Aktiviti: cut & combine

Setiap aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak prasekolah ini perlulah berada di bawah pengawasan ibu bapa, penjaga atau guru kerana ia melibatkan penggunaan alat pemotong yang berbahaya kepada kanak-kanak.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Lembaran Prasekolah: Aktiviti Menggunting, Menampal dan Mencari Perbezaan ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat membantu kanak-kanak agar tidak ketinggalan dalam pelajaran walaupun berada di rumah.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang boleh digunakan oleh murid sekolah rendah dan prasekolah, antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.