Modul MODUL LATIH TUBI TAMBAH DAN TOLAK TAHAP 1

MODUL LATIH TUBI TAMBAH DAN TOLAK TAHAP 1

499

Matematik bukanlah satu mata pelajaran yang sukar untuk difahami sekiranya ia dapat dikuasai dari usia yang muda. Secara logiknya, kita menggunakan matematik dalam kehidupan seharian, setiap masa dan setiap hari sedar atau pun tidak. Oleh itu, jika ia diajar dan dipraktikkan dengan cara yang betul dan menyeronokkan dari usia yang muda di kalangan kanak-kanak, ia tidak akan menjadi sesuatu yang sukar untuk dikuasai dan difahami kelak.

Untuk mempelajari matematik, kita hanya perlu memahami 4 konsep asas sebelum ke peringkat seterusnya untuk mendalami dengan lebih baik pengiraan dalam matematik. Ini kerana, seperti dalam mata pelajaran lainnya, matematik juga mempunyai banyak konsep, banyak peringkat dan banyak lagi jenis dan teknik pengiraan.

Apakah 4 konsep asas yang dimaksudkan?

  1. Tambah
  2. Tolak
  3. Darab
  4. Bahagi

Di atas adalah 4 konsep asas dalam pembelajaran matemati. Bagaimanapula cara untuk menguasai matematik dan menerapkan minat terhadap matematik dalam usia muda di kalangan anak-anak kita? Seperti kita sedia maklum, kanak-kanak akan cepat bosan dan agar sukar untuk memberi perhatian jika sesuatu proses pembelajaran itu memakan masa agak lama.

Sebelum admin kongsikan modul latihan untuk memudahkan urusan pembelajaran guru dan ibu bapa dengan anak-anak, admin akan kongsikan tips yang boleh ibu bapa dan guru praktikkan.

  • Belajar sambil main.

Main adalah antara aktiviti paling menggembirakan buat kanak-kanak. Jadi, gunakan aktiviti ini tetapi jadikan ia sebagai aktiviti yang bermanfaat. Selitkan pembelajaran dalam permainan. Ada banyak aktiviti pembelajaran dalam permainan yang boleh digunakan untuk mengajar anak-anak bukan sahaja untuk mata pelajaran matematik tetapi juga mata pelajaran lainnya. Antaranya adalah :

  1. Permainan tembak koboi

Permainan ini memerlukan 2 peserta yang akan bertanding antara satu sama lain. Guru juga boleh gunakan tambahan kostum seperti topi koboi dan pistol tangan. Guru akan memberikan soalan berbentuk pengiraan matematik tidak kira sama ada tambah, tolak,darab atau bahagi mengikut peringkat umur kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai jawapan dahulu boleh memusingkan badan menghadap lawannya dan mengacukan pistol tangannya sambil memberikan jawapan. Sekiranya betul, guru boleh memberikan ganjaran hadiah seperti snek, gula-gula atau pelekat bintang pencapaian.

  1. Permainan jam gergasi/jam manusia

Lukiskan jam besar di atas lantai di luar bilik darjah menggunakan kapur atau boleh juga gunakan kertas manila/mah-jong bersaiz besar. Permainan ini juga memerlukan dua peserta dalam satu kumpulan. Bahagikan kumpulan secukupnya. Seorang peserta mewakili jarum jam dan seorang lagi mewakili jarum minit. Berikan arahan waktu yang diperlukan dan minta peserta berdiri di kedudukan yang betul.

Modul latihan yang admin kongsikan ini mengandungi soalan tambah dan tolak yang terdiri daripada 10 muka surat.

Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.

MUAT TURUN SEKARANG :

  • Latih Tubi Tambah dan Tolak