Modul Latihan Matematik Sekolah Rendah : Operasi Darab. Modul latihan pada kali ini menyediakan koleksi soalan operasi asas matematik yang sesuai digunakan oleh murid tahun 1,2 dan 3 sebagai latihan tambahan mereka.
Di dalam mata pelajaran Matematik, terdapat empat operasi asas yang perlu dikuasai oleh semua murid sebelum mempelajari subjek ini dengan lebih mendalam. Empat operasi asas Matematik ialah operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.
Kesemua operasi asas dalam Matematik adalah dianggap sukar jika murid tidak memahami konsep setiap operasi dengan betul dan tidak melakukan latihan dengan kerap. Latihan yang kerap dapat membantu murid memahami cara sesuatu operasi berfungsi.
Murid juga digalakkan untuk kerap melakukan latihan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Soalan KBAT dapat menggalakkan murid untuk berfikir secara kritis dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pada masa yang sama, soalan KBAT juga membantu murid mengaplikasikan matematik dalam kehidupan seharian kerana soalan KBAT sering menggunakan perkara di dalam kehidupan seharian sebagai soalan pengiraan.
Langkah penting dalam menguasai Matematik adalah menghafal sifir kerana sifir merupakan elemen utama Matemati. Ibu bapa boleh menggunakan pelbagai kaedah dalam membantu anak-anak menghafal sifir, contohnya ibu bapa boleh menggunakan kad imbasan (flashcard) yang dihasilkan sendiri dalam mengajar anak berkenaan dengan sifir.
Dapatkan “Modul Latihan Matematik Operasi Darab ” di sini
Di sini kami kongsikan modul latihan matematik yang boleh digunakan oleh para guru kepada murid-murid. Bahan ini juga boleh digunakan oleh ibu bapa sebagai latihan tambahan kepada anak-anak semasa di rumah. Sumber bahan daripada Soleha Jawahir.
Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : MODUL LATIHAN MATEMATIK OPERASI DARAB
Diharapkan agar perkongsian mengenai Modul Latihan Matematik Operasi Darab ini dapat memberikan manfaat kepada para guru, ibu bapa serta kepada murid-murid. Semoga bahan ini dapat membantu murid-murid dalam menguasai operasi darab serta menguasai keseluruhan operasi asas Matematik.
Pada perkongsian lepas, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan seperti:
- Buku Mewarna Buah-buahan untuk Murid Prasekolah
- Koleksi Flashcard Menarik untuk Kanak-kanak (Preposition Place)
- Nota dan Latihan Matematik Tahun 3: Pecahan
Untuk mendapatkan informasi terkini seperti Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, Permohonan Kemasukan dan Kemaskini ke KKTM, MJII dan IKM sesi Mei 2021 dan lebih banyak perkongsian mengenai bahan pendidikan seperti di atas, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.