Modul Modul Mencari Perkataan Tersembunyi

Modul Mencari Perkataan Tersembunyi

4733

modul mencari perkataan tersembunyi

Modul Mencari Perkataan Tersembunyi. Bahan ini sesuai untuk digunakan oleh murid prasekolah dan tahap 1 sebagai bahan bantu mengajar untuk mengeja sesuatu perkataan berdasarkan tema (Haiwan Peliharaan, Sayur-sayuran dan sebagainya).

Permainan mencari perkataan tersembunyi membawa banyak kelebihan kepada kanak-kanak. Antaranya ialah, ia mampu meningkatkan tahap fokus anak-anak. Hal ini kerana, mereka akan fokus mencari huruf yang membawa kepada sesuatu perkataan. Selain itu, mereka juga dapat menambah kosa kata.

Misalnya, ketika mencari perkataan tersembunyi bagi tema haiwan peliharaan, mereka jumpa nama haiwan baharu seperti tikus belanda. Melalui cara ini, mereka dapat menambah pengetahuan mereka secara tidak langsung.

Dapatkan “Modul Mencari Perkataan Tersembunyi ” di sini


Di sini kami kongsikan modul yang boleh digunakan oleh para guru sebagai bahan bantu mengajar murid prasekolah dan sekolah rendah. Ibu bapa juga digalakkan untuk menggunakan modul ini sebagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak di rumah. Sumber bahan adalah daripada Facebook Salwa Syazwana Mahzir. 

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Jom Cari Perkataan Tersembunyi

Selain daripada melakukan permainan mencari perkataan, ibu bapa juga boleh memberikan anak-anak permainan silang kata dan sebagainya. Kesimpulannya, ibu bapa haruslah membekalkan kepada anak-anak permainan yang mengaplikasikan pembelajaran di dalamnya serta membantu dalam proses pembesaran mereka.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Modul Mencari Perkataan Tersembunyi ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang berkualiti untuk murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar modul ini dapat membantu murid belajar sesuatu daripada permainan cari perkataan tersembunyi.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang boleh digunakan untuk murid prasekolah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan samada untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Di dalam laman web ini juga menyediakan informasi terkini seperti isu pendidikan, bantuan pelajaran dan pelbagai lagi informasi terkini yang bermanfaat kepada para guru, ibu bapa dan orang ramai.