Modul Modul Peningkatan Prestasi Fizik Tingkatan 5 (Kedah)

Modul Peningkatan Prestasi Fizik Tingkatan 5 (Kedah)

4145

modul peningkatan prestasi fizik tingkatan 5

Modul Peningkatan Prestasi Fizik Tingkatan 5 (Kedah). Modul ini mempunyai ketiga-tiga format kertas peperiksaan bagi mata pelajaran Fizik bagi membantu pelajar menghadapi peperiksaan yang bakal tiba.

Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan, pelajar perlulah memberikan perhatian kepada setiap penerangan yang diberika oleh guru. Fizik merupakan salah satu mata pelajaran yang sukar untuk difahami jika belajar tanpa bimbingan guru.

Jika kelas telah selesai, pelajar boleh menghasilkan nota sendiri melalui pemahaman daripada hasil penerangan guru di dalam kelas yang telah dipelajari. Nota perlulah mempunyai isi-isi penting bagi sesuatu topik dan huraian yang padat dan ringkas. Huraian yang panjang tidak perlu diletakkan di dalam nota agar tidak menimbulkan kekeliruan ketika membacanya.

Selain itu, pelajar juga digalakkan untuk melakukan pelbagai jenis soalan latihan agar mereka memahami sesuatu topik yang telah dipelajari dengan lebih mendalam. Soalan latihan yang mempunyai soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) juga dapat membantu pelajar berfikir secara kritis untuk menyelesaikan sesuatu masalah berkaitan dengan fizik.

Dapatkan “Modul Peningkatan Prestasi Fizik Tingkatan 5 (Kedah)” di sini


Di sini kami sediakan modul yang boleh digunakan oleh para guru sebagai bahan bantu mengajar ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di lakukan. Pelajar juga boleh menggunakan bahan ini sebagai bahan ulangkaji ketika masa lapang. Sumber bahan adalah daripada telegram exercises room.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

  1. MODUL PENINGKATAN PRESTASI T5 FIZIK KERTAS 1(KEDAH) 2014
  2. SKEMA KERTAS 1
  3. MODUL PENINGKATAN PRESTASI T5 FIZIK KERTAS 2(KEDAH) 2014
  4. SKEMA KERTAS 2
  5. MODUL PENINGKATAN PRESTASI T5 FIZIK KERTAS 3(KEDAH) 2014
  6. SKEMA KERTAS 3

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Modul Peningkatan Prestasi Fizik Tingkatan 5 (Kedah) ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada pelajar dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat membantu memudahkan pelajar melakukan ulangkaji sebagai persediaan menghadapi peperiksaan.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang boleh digunakan oleh pelajar sekolah menengah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman sesawang Sistem Guru Online. Di dalam laman sesawang ini juga menyediakan informasi terkini mengenai isu-isu semasa, isu pendidikan, iklan jawatan kosong dan pelbagai informasi berguna untuk orang ramai tidak mengira para guru, ibu bapa mahupun pelajar.