Penggunaan kaedah latih tubi dalam pembelajaran bukan sahaja dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam sesuatu subjek, ia juga dapat membantu pelajar untuk lebih memahami sesuatu subjek dan dapat membuat persediaan yang sewajarnya dalam menghadapi peperiksaan mendatang.
Perkongsian kali ini adalah mengenai MODUL SPM KSSM 2021 (FIZIK). Pada tahun 2021, format KSSM SPM telah menggunakan format yang paling terkini.
Fizik adalah matapelajaran yang mengkaji tabiat dan interaksi antara jisim dan sinaran. Fizik juga dikatakan sebagai persamaan matematik. Selain itu juga, fizik berkait rapat dengan subjek sains tulen yang lain terutamanya subjek kimia. Kimia sendiri merangkumi banyak bidang fizik seperti mekanik kuantum, termodinamik serta keelektromagnetan. Oleh kerana fenomena dalam subjek kima terlalu rumit dan agak berbeza menyebabkan ia dianggap sebagai subjek atau bidang yang berlainan. Bidang dalam fizik juga terbahagi kepada beberapa perkara berbeza seperti fizik atom, molekul, optic, fizik zarah dan astrofizik.
Berikut adalah gambaran perkongsian MODUL SPM KSSM 2021 (FIZIK)
Pendidik juga perlu mengetahui cara terbaik dalam menyediakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan topik dan kemampuan murid untuk menerima dari masa ke masa. Penggunaan kepelbagaian bahan bantu mengajar yang menarik sangat digalakkan supaya dapat memupuk minat murid serta dapat membuat mereka lebih mudah mengingati apa yang dipelajari. Dengan penyediaan koleksi soalan, modul dan sebagainya, pelajar bukan sahaja dapat bahan belajar tambahan, mereka juga dapat membuat latih tubi yang sangat membantu dalam proses penerimaan sesuatu pembelajaran.
Semoga dengan perkongsian MODUL SPM KSSM 2021 (FIZIK) dapat memudahkan proses para guru memberi tunjuk ajar kepada anak murid serta dapat membantu murid memahami dengan lebih pantas dan senang sesuatu topik yang dipelajari. Ikut kami di T.me/sistemguruonline untuk koleksi bahan bantu mengajar yang terkini. Terima kasih.
MUAT TURUN MODUL SPM KSSM 2021 (FIZIK) :