Informasi Niat Puasa dan Jadual Waktu Puasa Seluruh Malaysia 2021

Niat Puasa dan Jadual Waktu Puasa Seluruh Malaysia 2021

1279

Niat Puasa dan Jadual Waktu Puasa Seluruh Malaysia 2021

Niat Puasa dan Jadual Waktu Puasa Seluruh Malaysia 2021 adalah perkongsian berkenaan niat puasa dan kemas kini waktu sahur dan berbuka sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. Seluruh umat Islam di negara ini boleh mendapatkan jadual waktu imsak dan berbuka pada bahagian bawah artikel ini. Sebelum itu, marilah kita sama-sama mengulang kaji serba sedikit perkara-perkara di bulan Ramadhan.

Pengertian Puasa

Berdasarkan buku ‘Panduan Amalan di Bulan Ramadhan’ terbitan JAKIM (2015:1) terdapat dua pengertian puasa, iaitu dari sudut bahasa dan sisi ahli Feqah.

Bahasa Arab

Puasa dalam bahasa Arab bermaksud meninggalkan.

Sisi Ahli Feqah

Puasa dari sudut ini pula bermaksud meninggalkan diri melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa, iaitu bermula daripada terbit fajar hingga terbenamnya matahari dan disertai dengan niat.

Niat Puasa

Niat puasa ini adalah wajib dilakukan bagi menjadikan amalan berpuasa kita sah. Terdapat dua jenis niat puasa yang boleh dilakukan, iaitu niat secara harian ataupun niat terus untuk sebulan.

Setiap umat islam boleh berniat bermula daripada terbenam matahari (waktu solat fardu Maghrib) sehinggalah terbit fajar sadiq. Oleh itu, anda digalakkan untuk berniat pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut.

Niat Puasa Harian (Esok Hari)

  • Lafaz niat puasa Ramadhan (harian) dalam RumiNawaitu Sauma Gho Din, ‘An Ada-i, Fardisy-Syahri, Romadona, Hazihissanati, Lillahi Ta’ala
  • Maksud: Sahaja aku berpuasa esok hari dalam bulan Ramadhan tahun ini, kerana Allah Ta’ala

Niat Puasa Sebulan (bulan Ramadhan)

  • Lafaz bacaan niat puasa sebulan dalam Rumi: Nawaitu Sauma Syahri, Romadona, Kullihi, Lillahi Ta’ala
  • Maksud: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan, kerana Allah Ta’ala.

niat puasa

Dapatkan “Jadual Waktu Imsak & Berbuka Ramadhan 2021” di sini


Di sini admin nak kongsikan jadual waktu imsak dan berbuka bagi seluruh zon dan negeri di seluruh Malaysia. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA NEGERI-NEGERI SELURUH MALAYSIA TAHUN 2021

Tips Bangun Awal Sahur

Terdapat beberapa tips yang boleh anda amalkan sepanjang bulan Ramadhan bagi mengelakkan anda terlepas sahur setiap hari, antaranya ialah:

  1. Tidur lebih awal.
  2. Jangan menekan butang snooze jam penggera anda.
  3. Elakkan mengambil minuman berkafein sebelum tidur.
  4. Jadikan waktu sahur sebagai waktu keluarga.

Selain itu anda juga mungkin berminat dengan perkongsian Bantuan Mikro Pemerkasa BSN RM50,000 ataupun 695 Kekosongan Jawatan SPANS.

Diharapkan perkongsian Niat Puasa dan Jadual Waktu Puasa Seluruh Malaysia 2021 ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua dalam mengingat semula niat-niat puasa wajib. Di samping itu, semoga perkongsian ini dapat memberikan rujukan kepada anda semua berkenaan jadual waktu imsak dan berbuka bagi setiap kawasan di seluruh negara.