Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 28&29 adalah sambungan kepada perkongsian bahan sebelum ini. Bahan ini sesuai untuk digunakan oleh para ibu bapa dan guru sebagai latihan tambahan ataupun aktiviti sambilan di rumah.
Mengikut portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat beberapa panduan dan kaedah dalam memerhatikan cara anak-anak bermain mengikut tahap perkembangan mereka. Bermain boleh didefinisikan sebagai cara kanak-kanak belajar tanpa diajari oleh orang dewasa melalui pengembaraan dan pengalaman yang melibatkan komponen fizikal, kognitif dan sosial secara spontan.
Tahap dan Jenis Permainan Kanak-Kanak
UMUR | JENIS PERMAINAN | HURAIAN |
0-2 tahun | Permainan Solitari/ Individu | Kanak-kanak di dalam lingkungan umur ini digalakkan untuk bermain seorang diri.
Bagi kanak-kanak berumr 0-6 bulan:
Kanak-kanak berumur 6-12 bulan:
Bagi kanak-kanak berumur 12-18 bulan:
Berumur 18 bulan – 2 tahun:
|
2-2.5 tahun | Permainan Spectator | Kanak-kanak akan menonton atau melihat kanak-kanak lain bermain. |
2.5-3 tahun | Permainan Selari | Kanak-kanak bermain bersebelahan atau di dalam kumpulan yang sama dengan menggunakan permainan yang sama tetapi tidak berinteraksi antara satu sama lain. |
3-4 tahun | Permainan Asosiatif/Perkongsian | Kanak-kanak akan mula bermainan bersama dengan mengembangkan kemahiran berinteraksi semasa bermain.
Contoh:
|
Dapatkan “Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 28&29” di sini
Di sini kami menyediakan bahan di dalam pautan di bawah. Sila muat turun bahan ini sebagai bahan pendidikan tambahan di sekolah.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : LATIHAN PRASEKOLAH – AKTIVITI PAGAR SESAT MS 28&29
Bermain adalah sangat penting untuk perkembangan kendiri kanak-kanak. Terdapat juga ciri-ciri perkembangan permainan kanak-kanak yang abnormal seperti:
- Takut kepada pergerakan tertentu seperti terlalu pantas, perlahan, tinggi atau rendah.
- Kurang aktif atau berminat terhadap aktiviti yang melibatkan duduk.
- Mempunyai masalah dalam pengendalian peralatan permainan dan kurang berminat untuk meneroka permainan.
- Masalah tingkahlaku seperti agresif ataupun terlalu aktif.
- Kurang tumpuan.
- Kurang berminat terhadap permainan yang berunsurkan struktur atau bentuk susunan dan imaginasi.
- Kurang bersosial atau berkomunikasi.
Ciri-ciri di atas adalah antara ciri-ciri yang menunjukkan tindakbalas permainan kanak-kanak yang abnormal. Ibu bapa perlulah berperanan dalam perkara ini dalam meningkatkan kemahiran bermain dalam kalangan kanak-kanak. Berikan sokongan, tunjuk ajar, masa dan ruang untuk kanak-kanak bagi mengembangkan kebolehan bermain mereka tanpa paksaan.
Semoga dengan perkongsian Latihan Aktiviti Pagar Sesat ini akan dapat memberikan manfaat dan meningkatkan kemahiran bermain dalam kalangan kanak-kanak. Selain itu, para ibu bapa juga boleh menggunakan bahan ini sebagai aktiviti anak-anak di rumah.
Sebelum ini, kami juga ada berkongsi berkenaan dengan bahan pendidikan bagi murid prasekolah seperti:
- Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 22-24
- Aktiviti Pagar Sesat bagi murid Prasekolah Muka Surat 25-27
Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi terkini dan juga bahan-bahan pendidikan yang lain.