Latihan Bahasa Inggeris Tahun 1= Unit: At School, Muka Surat 7&8 ini mempunyai kandungan latihan yang membantu para pelajar untuk menyusun perkataan dalam bahasa inggeris. Bahasa inggeris merupakan bahasa kedua bagi negara kita dan menjadi tanggungjawab ibu bapa dan guru untuk mendedahkan bahasa ini kepada kanak-kanak.
Terdapat pelbagai cara dan faedah mempelajari bahasa kedua negara ini. Bagi kanak-kanak yang berada pada tahap rendah, ibu bapa juga perlu memainkan peranan yang penting selain daripada usaha pihak sekolah dalam mendidik bahasa inggeris dalam kanak-kanak.
Tips Belajar Bahasa Inggeris Kanak-Kanak, Tahun 1
Antara langkah yang boleh dilakukan untuk menguasai bahasa inggeris adalah:
- Belajar kata-kata asas Bahasa Inggeris. Sebelum menjejakkan kaki dalam bahagian pertuturan, ada baiknya jika mengetahui ayat-ayat yang sering digunakan dalam kehidupan seharian.
- Sering mendengar lagu bahasa inggeris dan tuliskan liriknya. Dengan adanya rangkaian internet pada masa sekarang, kemudahan untuk mengakses lagu-lagu luar negara amatlah mudah dan jadikan peluang ini untuk mendalami bahasa inggeris. Tuliskan setiap bait lirik lagu yang didengari. Lakukan carian di internet jika terdapat perkataan-perkataan yang tidak pernah lagi dijumpai.
- Biasakan menonton filem Bahasa Inggeris tanpa sarikata. Hal ini juga dapat meningkatkan tahap kemahiran mendengar bahasa inggeris. Jika tahap ini dianggap agak berat untuk dilakukan, mulakan dengan membuka cerita luar negara yang mempunyai penggunaan bahasa yang mudah. Misalnya, penggunaan bahasa inggeris dalam cerita-cerita kartun adalah lebih mudah berbanding dengan filem-filem besar.
- Sering membaca buku dalam bahasa inggeris. Melalui pembacaan, kita akan mendapati banyak lagi perkataan-perkataan baru dan perkara ini dapat meningkatkan lagi pengetahuan dalam bahasa kedua negara.
Dapatkan “Latihan Bahasa Inggeris Tahun 1 = Unit: At School, Muka Surat 7&8” di sini
Para guru dan ibu bapa boleh mendapatkan bahan ini melalui pautan yang disediakan di bawah. Bahan ini boleh digunakan sebagai latihan seiring dengan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : LATIHAN BAHASA INGGERIS TAHUN 1 (AT SCHOOL) PAGE 7&8
Sebelum ini, kami juga pernah berkongsi tentang bahan pendidikan seperti:
- Latihan Bahasa Melayu Tema Kepentingan Kebersihan dan Kesihatan Muka surat 5&6
- Praktis Tambahan Matematik Operasi Asas Tambah Tolak Muka Surat 7&8
- Aktiviti Mata Pelajaran Sains Tahun 1 Tema Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup
Semoga dengan perkongsian Latihan Bahasa Inggeris Tahun 1 ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa. Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi terkini.